Your Ad Here
Al Jazeera | Animal Planet | Bloomberg UK | Bloomberg US | C-Span | DWTV | France24 | HudaTV | Islam Channel | Peace TV | Sky News UK | Dewan Rakyat | LIVE DEWAN RAKYAT dibawakan khas, jam 10.00 pagi hingga jam 6.00 petang Isnin hingga Jumaat.
This is the 2nd version of infoKu. You can view our previous post by visiting our infoKu v1.0

Taukeh
-Mohd Refezal bin Mohd @ Anan
-Universiti Malaya
-Kejuruteraan Komputer

Krew Pena
-Muhammad Syakir bin Zakaria
-Universiti Malaya
-Kejuruteraan Mekanikal

-Muhammad bin Mohamed Kamil
-Royal Melbourne Institute of Technology
-Ukur Bahan
Memaparkan catatan dengan label al. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label al. Papar semua catatan

04 September 2009

Menjadi Jutawan Di Bulan Ramadhan Al Mubarrak

Ayuh..inilah peluang anda yang mana tahun hadapan kita tidak mengetahuinya lagi...

MENJADI JUTAWAN DI BULAN RAMADHAN AL MUBARRAK

Solat fardhu sendirian diganjarkan oleh Allah swt 1 pahala.
Solat fardhu berjemaah diganjarkan Allah swt 27 pahala.
Solat fardhu berjemaah seseorang yang berkahwin 10 kali ganda iaitu diganjarkan oleh Allah swt 270 pahala.
Solat fardhu berjemaah seseorang yang berkahwin didalam ramadhan diganjarkan oleh Allah swt 70 kali ganda iaitu 18900 pahala.
Solat fardhu seseorang itu tadi 5 kali sehari semalam iaitu diganjarkan oleh Allah swt 94500 pahala.

Mari kita tukarkan dalam bentuk RM.

Solat fardhu sendirian diganjarkan oleh Allah swt RM 1.00
Solat fardhu berjemaah diganjarkan Allah swt RM 27.00
Solat fardhu berjemaah seseorang yg berkahwin 10 kali ganda iaitu diganjarkan oleh Allah swt RM 270.00
Solat fardhu berjemaah seseorang yg berkahwin didalam ramadhan diganjarkan oleh Allah swt 70 kali ganda iaitu RM 18,900.00
Solat fardhu seseorang itu tadi 5 kali sehari semalam iaitu diganjarkan oleh Allah swt RM 94,500.00 satu hari!!!

Pahala solat dalam 30 hari dalam bulan ramadhan RM 2,835,000.00 (Allahu Akhbar!)

Wow! MasyaAllah kita sudah jadi jutawan hanya dalam bulan ramadhan 30 hari Sahaja!!!!

Nabi saw memberitahu sekiranya kita membaca al-quran sebagai contoh Alif Laaaaaam miim, maka Allah akan memberikan pahala atas setiapnya.

Sahabat pun bertanya satu perkataan satu pahalakah?

Nabi saw memberitahu lagi bukan begitu, Allah swt memberikan pahala Alif 1 pahala Lam 1 pahala dan mim 1 pahala. (hadis)

Wow!!! Bila kita baca Al-Quran dalam ramadhan ini dan ditukarkan dalam RM. Berapakah jumlahnya? ???? (Allah sahaja yang mengetahuiNya)

Bagaimana dengan zikir, sadaqah, solat sunat, zakat, puasa, malam lailatul qadar dan lain-lain lagi?

Sesungguhnya Allah swt itu teramat Maha Pemurah dan Maha Kaya. Tidak ada. Mana-mana perniagaan, pekerjaan, multi level marketing, jutawan internet dan lain-lain dalam dunia yang mampu menawarkan bonus sebanyak ini!!!

Bagaimana dengan anda? Masih nak jadi papa kedana atau jadi jutawan!!!!! Ayuh Ajak keluarga, rakan dan yang lainnya menyertai kami menjadi jutawan jangan Lepaskan peluang ini sebelum terlambat dan tarikh tutup semakin hampir. (16 hari ajer lagi dari hari ini 13 ramadhan)

Tetapi sedihnya masih ramai di antara kita yang mahu miskin di dunia dan miskin di akhirat! Mengapa?

Alah swt juga mengajar kita bahawa sesungguhnya kita manusia ini senantiasa (diulangi senantiasa) berada dalam kerugian melainkan mereka yang berpesan-pesan dengan kebenaran dan juga di dalam kesabaran.

Tak guna jika kita ada degree ke, engineer ke, magistrate ke, lawyer ke, jadi akauntan ke, master in business admin (MBA) ke, kalau tak tau nak kira untung rugi berniaga dengan Allah swt.

Jadi mari kita lihat siapa yang untung, siapa yang rugi!!!!!!

**Sesungguhnya RM1.00 tak mungkin sama nilai dengan 1 pahala Allah swt.. Hanya Allah swt sahaja yang tahu berapa besar nilainya satu pahala itu.. Renungkanlah.

Selamat berpuasa, Selamat beramal, Semoga ramadhan ini memberi satu makna kepada kita. Rebutlah peluang yang hadir setahun sekali ini sahaja.

Mungkinkah ini ramadhan terakhir buat kita, tak siapa yang tahu........

Waallahua'lam bis'showab

SUMBER : Al-Hikmah @ Facebook

10 Ogos 2009

Allah al-Malik (Maha Merajai)

Ayuh kita mulakan pagi Isnin kita dengan mengetahui akan makna Al-Malik iaitu Maha Merajai yang merupakan Asma'ul Husna ke 4.

Sesiapa yang selalu menyebut "Ya Malik", yakni bila-bila masa, maka dia akan dihormati dan menerima layanan yang sewajarnya dari orang lain.

Bagaimana nak menghayati "Al Malik"? Begini...

Matahari yang berjuta-juta lebih besar dibandingkan dengan bumi ini dan bintang-bintang di langit yang berbilion batu jauhnya ada dalam genggaman dan pemeliharaan Allah SWT. Nabi Musa AS pernah bertanya, "Ya Allah, Apakah Engkau tidak pernah tidur mangaturkan semesta alam ini?" Sebagai jawapan, Allah SWT memerintahkan Musa AS agar berdirii sambil memegang sebuah gelas, tak lama kemudian dia tertidur dan gelas di tangannya jatuh berderai, sehingga Musa AS terkejut dari tidurnya. Lalu Allah SWT menegurnya, "Hai Musa, seandainya sesaat saja Aku mengantuk, nescaya seluruh planet di cakerawala ini akan bertaburan!"

"Allah, tiada yang berhak disembah selain Dia, Yang hidup kekal lagi terus menerus mengurus (makhlukNya). Tidak mengantuk dan tidak tidur." [Qs al Baqarah (2): 255]

Manusia mencipta kereta dan setelah terjual, mereka tidak mahu lagi memgambil tahu akan perihal kereta tersebut. Bila kereta itu rosak maka terserahlah kepada pemiliknya. Tetapi Allah SWT menciptakan makhluk dengan sifat-sifatnya tanpa bantuan sesiapa pun dan memelihara kesemua makhlukNya sejak asal kejadian sampailah ke hari kiamat. Dari setitis air mani yang hina, jadi segumpal darah daging dipelihara dalam rahim ibu dan kemudian pindah ke alam dunia sampailah ke alam akhirat, ianya diawasi olah Allah SWT.

Disebutkan dalam satu riwayat bahawa seorang ayah berwasiat kepasa anaknya, bahawa apabila dia mati kelak mayatnya harus dibakar dan debunya dibuang ke tengah laut. Ketika dia dibangkitkan, Allah SWT, bertanya kepadanya, "Mengapa kamu menyuruh jasadmu dibakar dan debunya dihamburkan ke tengah laut? Dia menjawab, "Ya Rabb, saya banyak berbuat maksiat dan dosa, maka saya takut dengan sebab itu saya akan dibakar dalam neraka." Disebabkan rasa takutnya kepada Allah SWT yang sedemikian rupa, maka Allah SWT mengampuninya.

Allah SWT memerintahkan Ibrahim AS untuk menyembelih empat ekor burung yang berlainan jenis dan mencincangnya, lalu beliau diperintahkan meletakkan sebahagian di puncak gunung sebelah barat, timur, utara dan selatan. Ibrahim AS menempuh perjalanan sekitar 30 hari pada setiap puncak gunung. Kemudian Allah SWT memerintahkan Ibrahim AS agar memanggil keempat-empat ekor burung itu, dan dengan qudrat Allah SWT burung-burung itu kembali datang hinggap di tangan Nabi Ibrahim AS.

Bagaimana dengan manusia? Rambut bertambah panjang tetapi alis mata tidak, kuku bertambah panjang tetapi gigi manusia tidak padahal zatnya sama. Tinggi badan manusia terbatas, seandainya tidak dibatasi oleh Allah SWT, maka setiap tahun manusia akan sibuk mengubah pintu rumah dan menjahit pakaian baru. Bagaimana dengan lubang hidung dan telinga, seandainya tidak dipelihara oleh Allah SWT, maka makhluk-makhluk kecil akan masuk ke dalam. Demikian pula dengan haiwan ternak yang dimakan oelh manusia, seperti lembu, kambing atau ayam. Setiap hari disembelih, tetapi tidak pupus, bahkan jumlahnya atau populasinya bertambah banyak. Namun haiwan yag tidak dimakan oleh kita seperti babi, anjing, kera dan sepertinya, pertumbuhan mereka tidak pula bertambah, walhal pembiakan haiwan tersebut lebih cepat dan lebih banyak. Daun-daun yang berguguran tidak akan jatuh tanpa izin dari Allah SWT, kerana pohonya dipelihara oleh Allah SWT.

"Dan pada sisi Allahlah kunci-kunci semua yang ghaib, hanya Dia yang mengetahuinya. Dan Dia mengetahui apa saja yang ada di daratan dan di lautan, setiap daun yang gugur diketahuiNya. Setiap bijian yang jatuh dalam gelap gelita di muka bumi dan setiap buah yang basah atau kering yang gugur, semua itu sudah ada dalam kitab yang nyata (Lauh Mahfuzh)." [Qs al An'am (6): 59]

Mata manusia hanya mampu melihat dengan terbatas, tetapi Allah SWT mampu melihat dimana saja kita berada sekalipun di sebalik tembok besi yang tebal. Semut hitam yang berjalan di atas batu hitam di dalam gua di kegelapan malam adalah dalam pengawasan Allah SWT, bahkan Allah SWT mengetahui dan mendengar apa yang ada di dalam hati manusia.

Kita semua dalam pengawasan Allah SWT. Kita tidak dapat lari daripadaNya, oleh itu dekatilah Dia supaya kita selamat di dunia dan di akhirat.

Amin Ya Rabbal Alamin.

SUMBER : Al-Hikmah @ Facebook

24 Julai 2009

Pengertian Doa (Syarah Al-Hikam)


JANGANLAH KERANA KELAMBATAN MASA PEMBERIAN TUHAN KEPADA KAMU, PADAHAL KAMU TELAH BERSUNGGUH-SUNGGUH BERDOA, MEMBUAT KAMU BERPUTUS ASA, SEBAB ALLAH MENJAMIN UNTUK MENERIMA SEMUA DOA, MENURUT APA YANG DIPILIH-NYA UNTUK KAMU, TIDAK MENURUT KEHENDAK KAMU, DAN PADA WAKTU YANG DITENTUKAN-NYA, TIDAK PADA WAKTU YANG KAMU TENTUKAN.

Apabila kita berkehendak mendapatkan sesuatu sama ada duniawi mahupun ukhrawi maka kita akan berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkannya. Jika usaha kita tidak mampu memperolehinya kita akan meminta pertolongan daripada orang yang mempunyai kuasa. Jika mereka juga tidak mampu membantu kita untuk mencapai hajat kita maka kita akan memohon pertolongan daripada Allah s.w.t, menadah tangan ke langit sambil air mata bercucuran dan suara yang merayu-rayu menyatakan hajat kepada-Nya. Selagi hajat kita belum tercapai selagi itulah kita bermohon dengan sepenuh hati. Tidak ada kesukaran bagi Allah s.w.t untuk memenuhi hajat kita. Sekiranya Dia mengurniakan kepada kita semua khazanah yang ada di dalam bumi dan langit maka pemberian-Nya itu tidak sedikit pun mengurangi kekayaan-Nya. Andainya Allah s.w.t menahan dari memberi maka tindakan demikian tidak sedikit pun menambahkan kekayaan dan kemuliaan-Nya. Jadi, dalam soal memberi atau menahan tidak sedikit pun memberi kesan kepada ketuhanan Allah s.w.t. Ketuhanan-Nya adalah mutlak tidak sedikit pun terikat dengan kehendak, doa dan amalan hamba-hamba-Nya.


Dan Allah berkuasa melakukan apa yang di kehendaki-Nya.
( Ayat 27 : Surah Ibrahim )



Semuanya itu tunduk di bawah kekuasaan-Nya.
( Ayat 116 : Surah al-Baqarah )


Ia tidak boleh ditanya tentang apa yang Ia lakukan, sedang merekalah yang akan ditanya kelak.
( Ayat 23 : Surah al-Anbiyaa’ )

Sebahagian besar daripada kita tidak sedar bahawa kita mensyirikkan Allah s.w.t dengan doa dan amalan kita. Kita jadikan doa dan amalan sebagai kuasa penentu atau setidak-tidaknya kita menganggapnya sebagai mempunyai kuasa tawar menawar dengan Tuhan, seolah-olah kita berkata, “Wahai Tuhan! Aku sudah membuat tuntutan maka Engkau wajib memenuhinya. Aku sudah beramal maka Engkau wajib membayar upahnya!” Siapakah yang berkedudukan sebagai Tuhan, kita atau Allah s.w.t? Sekiranya kita tahu bahawa diri kita ini adalah hamba maka berlagaklah sebagai hamba dan jagalah sopan santun terhadap Tuan kepada sekalian hamba-hamba. Hak hamba ialah rela dengan apa juga keputusan dan pemberian Tuannya.

Doa adalah penyerahan bukan tuntutan. Kita telah berusaha tetapi gagal. Kita telah meminta pertolongan makhluk tetapi itu juga gagal. Apa lagi pilihan yang masih ada kecuali menyerahkan segala urusan kepada Tuhan yang di Tangan-Nya terletak segala perkara. Serahkan kepada Allah s.w.t dan tanyalah kepada diri sendiri mengapa Tuhan menahan kita dari memperolehi apa yang kita hajatkan? Apakah tidak mungkin apa yang kita inginkan itu boleh mendatangkan mudarat kepada diri kita sendiri, hingga lantaran itu Allah s.w.t Yang Maha Penyayang menahannya daripada sampai kepada kita? Bukankah Dia Tuhan Yang Maha Pemurah, Maha Penyayang lagi Maha Mengetahui.

Tidakkah Allah yang menciptakan sekalian makhluk itu mengetahui (segala-galanya)? Sedang Ia Maha Halus urusan Tadbiran-Nya, lagi Maha Mendalam Pengetahuan-Nya.
( Ayat 14 : Surah al-Mulk )

Dialah yang mengetahui segala yang ghaib dan yang nyata, (dan Dialah jua) yang
Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
( Ayat 18 : Surah at-Taghaabun )

Apa sahaja ayat keterangan yang Kami mansuhkan (batalkan), atau yang Kami tinggalkan (atau tangguhkan), Kami datangkan ganti yang lebih baik daripadanya, atau yang sebanding dengannya. Tidakkah engkau mengetahui bahawasanya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu? ( Ayat 106 : Surah al-Baqarah )

Allah s.w.t Maha Halus (Maha Terperinci), Maha Mengerti dan Maha Mengetahui yang ghaib dan yang nyata. Allah s.w.t yang bersifat demikian menentukan buat diri-Nya yang apa sahaja yang Dia mansuhkan digantikannya dengan yang lebih baik atau yang sama baik. Dia boleh berbuat demikian kerana Dia tidak bersekutu dengan sesiapa pun dan Dia Maha Berkuasa.
Seseorang hamba sentiasa berhajat kepada pertolongan Tuhan. Apa yang dihajatinya disampaikannya kepada Tuhan. Semakin banyak hajatnya semakin banyak pula doa yang disampaikannya kepada Tuhan. Kadang-kadang berlaku satu permintaan berlawanan dengan permintaan yang lain atau satu permintaan itu menghalang permintaan yang lain. Manusia hanya melihat kepada satu doa tetapi Allah s.w.t menerima kedatangan semua doa dari satu orang manusia itu. Manusia yang dikuasai oleh kalbu jiwanya berbalik-balik dan keinginan serta hajatnya tidak menetap. Tuhan yang menguasai segala perkara tidak berubah-ubah. Manusia yang telah meminta satu kebaikan boleh meminta pula sesuatu yang tidak baik atau kurang baik. Tuhan yang menentukan yang terbaik untuk hamba-Nya tidak berubah kehendak-Nya. Dia telah menetapkan buat Diri-Nya:

Bertanyalah (wahai Muhammad): “Hak milik siapakah segala yang ada di langit dan di bumi?” Katakanlah: “(Semuanya itu) adalah milik Allah! Ia telah menetapkan atas diri-Nya memberi rahmat.” (Ayat 12 : Surah al-An’aam )

Orang yang beriman selalu mendoakan:
“Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari azab neraka”. ( Ayat 201 : Surah al-Baqarah )

Hamba yang mendapat rahmat dari Allah s.w.t diterima doa di atas dan doa tersebut menjadi induk kepada segala doa-doanya. Doa yang telah diterima oleh Allah s.w.t menapis doa-doa yang lain. Jika kemudiannya si hamba meminta sesuatu yang mendatangkan kebaikan hanya kepada penghidupan dunia sahaja, tidak untuk akhirat dan tidak menyelamatkannya dari api neraka, maka doa induk itu menahan doa yang datang kemudian. Hamba itu dipelihara daripada didatangi oleh sesuatu yang menggerakkannya ke arah yang ditunjukkan oleh doa induk itu. Jika permintaannya sesuai dengan doa induk itu dia dipermudahkan mendapat apa yang dimintanya itu.

Oleh sebab itu doa adalah penyerahan kepada Yang Maha Penyayang dan Maha Mengetahui. Menghadaplah kepada-Nya dan berserah diri kepada-Nya serta ucapkan, “Wahai Tuhanku Yang Maha Lemah-lembut, Maha Mengasihani, Maha Mengetahui, Maha Bijaksana! Daku adalah hamba yang bersifat tergopoh gapah, lemah dan jahil. Daku mempunyai hajat tetapi daku tidak mengetahui kesannya bagiku, sedangkan Engkau Maha Mengetahui. Sekiranya hajatku ini baik kesannya bagi dunia dan akhiratku dan melindungiku dari api neraka maka kurniakan ia kepadaku pada saat yang baik bagiku menerimanya. Jika kesudahannya buruk bagi dunia dan akhiratku dan mendorongku ke neraka, maka jauhkan ia daripadaku dan cabutkanlah keinginanku terhadapnya. Sesungguhnya Engkaulah Tuhanku Yang Maha Mengerti dan Maha Berdiri Dengan Sendiri”.

Dan Tuhanmu menciptakan apa yang dirancangkan berlakunya, dan Dialah juga yang memilih (satu-satu dari makhluk-Nya untuk sesuatu tugas atau keutamaan dan kemuliaan); tidaklah layak dan tidaklah berhak bagi sesiapapun memilih (selain dari pilihan Allah). Maha Suci Allah dan Maha Tinggilah keadaan-Nya dari apa yang mereka sekutukan dengan-Nya.
{ Ayat 68 : Surah al-Qasas }

25 Jun 2009

Hikmah Di Sebalik Wasiat Luqman Al-Hakim

Salam semua,

Ramai yang memberikan maklum balas samada di discussion board ini ataupun melalui email tentang artikel sebelum ini, yakni, "Jenayah & maksiat 29 May 2009. Apa signifikannya?" Jadi apa yang nak kita lakukan, adakah sekadar membaca sahaja akan permasalahan tersebut. Atau ah! biarkan orang yang berwajib mengambil tindakan. Ah! biarkan mereka itu, "it's serve them right". Ah! itu bukan masalah saya.

Ini adalah masalah umat hari ini. Kita semua kena ada fikir bagaimana untuk mengatasinya sebelum terlewat. Oleh itu marilah kita mengambil iktibar dari kisah Wasiat Luqman Al-Hakim. Siapakah dia? Luqman Al-Hakim merupakan hamba Allah yang dimuliakan darjatnya kerana telah diceritakan didalam Al-Quran mengenai kisahnya.Hidupnya yang banyak beribadat kepada Allah dengan penuh keikhlasan, kasih sayang dan khusyu' telah memberikan panduan kepada hamba Allah yang lain untuk menjadikan Luqman Al-Hakim sebagai insan biasa yang dimuliakan dirinya kerana ibadatnya.Menurut maksud Hadis Nabi Muhammad s.a.w:

"Seseorang itu dinilai dengan dua perkara: hati dan lidahnya"

Surah Luqman didalam Al-Quran banyak menceritakan mengenai perbualannya bersama anaknya yang mengisahkan nasihat-nasihat yang mulia bagi membentuk peribadi yang mulia bagi seorang hamba kepada Allah.Antara perbualannya atau wasiat yang dinyatakan oleh Luqman Al-Hakim kepada anaknya itu adalah:

1.Janganlah mempersekutukan Allah (Luqman,13)
2.Allah maha mengetahui segala-galanya (Luqman,16)
3.Dirikan solat (Luqman,17)
4.Menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemunkaran (Luqman,17)
5.Sabar dengan bala yang menimpa diri (Luqman,17)
6.Jangan berjalan dibumi ini dengan sombong (Luqman,18)
7.Jangan memandang rendah orang lain (Luqman,18)
8.Rendahkan suara ketika berkata-kata (Luqman,19)

dan banyak lagi.Terdapat juga wasiat Luqman Al-Hakim yang termaktub didalam Kitab-kitab Tafsir.Antaranya:

1.Siapa yang menjadi penasihat bagi dirinya sendiri, maka Allah akan menjadi penasihat bagi dirinya.
2.Kepayahan dan kesusahan didalam ketaatan adalah lebih dekat daripada kesenangan dan kemewahan didalam kemaksiatan.
3.Pukulan(didikan) bapa kepada anaknya ibarat air untuk tanaman.
4.Sesiapa yang berdusta maka hilanglah air mukanya.
5.Sesiapa yang banyak berdusta maka banyak kesengsaraannya.
6.Bermesyuaratlah dengan ulama dalam urusanmu.
7.Berlemah-lembut adalah pokok segala hikmah.
8.Sesungguhnya kejahatan itu mencipta kejahatan yang lain.

terdapat banyak wasiat yang dinyatakan Luqman Al-Hakim didalam Kitab-kitab dan Al-Quran. Wasiat yang di nyatakan olehnya bukanlah hanya kepada anaknya semata-mata, kerana sebagai umat Islam kita hendaklah mengambil ilmu, hikmah dan teladan yang telah dinyatakan oleh Luqman Al-Hakim.

Maka, sebagai hamba kepada Allah kita hendaklah menjadikan Luqman Al-Hakim ini sebagai contoh teladan yang baik bagi merubah kehidupan kita daripada buruk ke baik dan baik kepada yang lebih baik lagi. Oleh itu marilahkita baca akan satu wasiat Luqman Al-Hakim yakni Wasiat Luqman Buat Ibu Bapa: Suatu Renungan untuk semua Ibu dan Bapa seperti saya dan isteri saya.

Wasiat turut memainkan peranan yang penting di dalam berdakwah. 'Bapa' memikul tugas yang amat berat untuk memelihara kebahagiaan keluarga yang terdiri dari isteri dan anak-anak. Kita telah dihidangkan oleh Al Quran bagaimana Luqman al-Hakim mendidik anaknya. Dan sebagaimana yang dimaklumi sebuah surah khusus di dalam Al Quran diberi nama dengan nama Surah Luqman.

Ramai di kalangan umat Islam tidak mengetahui bahawa 'wasiat' yang diberikan oleh Luqman kepada anaknya itu merupakan salah satu 'teknik' di dalam berdakwah.Sekiranya teknik ini diamati lalu dipraktikkan di dalam kehidupan seharian,nescaya anak-anak akan lahir sebagai muslim yang beriman dan bertaqwa kepada Allah s.w.t.

Bertuahlah sebuah keluarga yang mempunyai anak-anak seperti mereka. Mempunyai generasi yang diibaratkan umpama purnama yang menerangi kegelapan malam. Wahai ayah dan ibu,wasiatkan kepada anak-anakmu sepertimana wasiat yang diajar oleh Luqman al-Hakim!!!
Dr.Wahbah Az-Zuhaili telah berkata di dalam bukunya 'Tafsir Munir':

"Al Baidhawi telah berkata bahawa nama Luqman sebenarnya ialah Luqman bin Ba'ura. Beliau bukannya nabi tetapi jumhur mengatakan bahawa beliau seorang yang bijaksana. Diberikan kepadanya Al Hikmah iaitu kelebihan pada akalnya,cerdik dan perkataan atau kalam yang dikeluarkannya memberi kesan kepada manusia. Nama sebenar anaknya ialah (mengikut As-Suhaili) An'am atau Asykam atau Matan atau Tharan"

Abd.Rahman Hassan Al Maidani berkata di dalam bukunya 'Fiqh Dakwah' bahawa di sana terdapat 14 jenis permasalahan yang dapat dipelajari melalui kisah Luqman mendidik anaknya melalui 'wasiat'. Oleh itu marilah sama-sama kita menilai wasiat tersebut yang mengandungi 14 permasalahan penting buat umat Islam selepas ini.

U/P :
Tulisan berikut selepas ini berdasarkan terjemahan dan olahan melalui buku karangan Dr.Wahbah Az-Zuhaili dan Abd.Rahman Hassan Al-Maidani yang tersebut di atas.
Untuk memudahkan anda,sila rujuk terjemahan/tafsir Al Quran bagi ayat 13-19 Surah Luqman.

Permasalahan Pertama:

Perkara pertama yang diajar oleh Luqman kepada anaknya ialah jangan Syirik kepada Allah s.w.t.. Disebutkan di dalam wasiat ini, bahawa syirik kepada Allah s.w.t. adalah kezaliman yang amat besar. Mengapa? Kerana ia mengandungi syirik terhadap Rububiyatullah (Allah Yang Maha Berkuasa memelihara alam semesta ) dan syirik terhadap Uluhiyatullah (Tidak ada tuhan yang disembah melainkan Allah). Atau dengan ertikata lain, mempersekutukan Allah s.w.t. dengan sesuatu lain yang juga mampu memelihara alam semesta dan mempersekutukan Allah s.w.t. dengan sesuatu yang lain yang juga layak untuk disembah. Inilah Syirik!!!

Meskipun syirik terhadap Uluhiyatullah lebih ringan dari syirik terhadap Rububiyatullah, akan tetapi Allah s.w.t. tidak akan mengampuni dosa orang yang mati dalam hal demikian!

Syirik sebesar-besar kezaliman. Zalim pula bererti meletakkan sesuatu bukan di tempat yang sepatutnya. Lagi sekali kita ingin mengajukan soalan. Mengapa syirik dikatakan zalim? Telah disepakati, bahawa Allah s.w.t.lah yang menciptakan makhluk semesta alam. Allah s.w.t. jua yang menurunkan nikmat. Adakah layak kita samakan kekuasaan Allah s.w.t. ini dengan sesuatu kuasa yang lain? Jika ada di kalangan manusia yang menyamakan kekuasaan Allah s.w.t. dengan kuasa yang lain maka ia telah melakukan kezaliman!!!

Allah s.w.t. sahaja yang layak disembah dan diagungkan kerana apa yang dilakukan-Nya itu tak mampu dilakukan oleh kuasa lain. Tetapi jika kuasa lain yang diagungkan, maka inilah kezaliman. aitulah meletakkan sesuatu bukan di tempat yang sepatutnya.

Inilah yang diperkatakan melalui ayat 13 surah Luqman yang bermaksud:

"Wahai anakku! Janganlah engkau mempersekutukan Allah s.w.t.. Sesungguhnya mempersekutukan Allah s.w.t. itu adalah kezaliman yang amat besar."

Permasalahan Kedua:

Luqman mengajar anaknya supaya bersyukur kepada Allah s.w.t. di atas anugerah nikmat-Nya yang tak terhitung luas dan banyak. Dan kesyukuran mengandungi erti: Balasan perbuatan yang indah dan baik dengan perbuatan yang juga baik dan indah. Termasuk di dalam erti kata syukur ini ialah beribadah kepadaNya dengan melakukan ibadat-ibadat seperti yang disyariatkan, mendekatkan diri kepadaNya, menuntut keredhaan-Nya dan memuji-Nya serta menghadapkan diri dengan berdoa kepadaNya yang Maha Esa.

Memuji lebih umum dari bersyukur kerana hak mutlak kepujian itu diberikan ke atas yang dipuji pabila bersifat dengan sifat atau sifat-sifat yang baik. Hatta yang dipuji itu tidak melakukan sesuatu kebaikan terhadap pemuji. Dan peringatan 'kesyukuran' kepada Allah s.w.t. ini dikaitkan dengan pembalasan pada Hari Qiamat. Jika sekiranya kesyukuran itu kepada Allah s.w.t.,maka akan mendapat balasan pahala dan jika sebaliknya akan mendapat balasan siksaan di atas kekufuran dan keingkaran.

Inilah yang diperkatakan melalui ayat 14 surah Luqman yang bermaksud:

"Dan kami wasiatkan (perintahkan) kepada manusia supaya berbuat baik kepada ibubapanya...Bersyukurlah kepadaku dan...Kepadaku tempat kembali.".

Permasalahan Ketiga:

Luqman mendidik anaknya agar berterima kasih kepada ibubapa di atas susah payah dan jerit perih mereka membesarkan dan mendidik anak dengan segala macam pemberian dan kebaikan untuk anak tersayang. Tunaikan hak keduanya terutama kepada ibu. Kerana ibu bersusah payah menanggung penderitaan bermulanya dari proses mengandung sehinggalah melahirkan anak,menyusu sehingga tamat tempoh berakhirnya penyusuan selama 2 tahun dan mentarbiyah anak siang dan malam.

Sesungguhnya ketaatan kepada ibubapa walaupun berlainan agama adalah wajib diikuti kecuali pabila disuruh mengerjakan maksiat dan meninggalkan amal ibadat yang disyariatkan oleh Islam. Maka ketika itu haram mentaati perintah itu.

Lihatlah tingkatan terima kasih (syukur) yang ditonjolkan melalui wasiat ini. Terima kasih/kesyukuran kepada ibubapa datang selepas syukur kepada Allah s.w.t.. 'Logiklah' bahawa ucapan terima kasih/syukur ini pertama-tamanya buat Khaliq (pencipta). Selepas itu barulah diikuti pula buat makhluk yang didahului oleh ibu bapa yang tercinta.

Inilah yang diterangkan melalui ayat 14 surah Luqman yang bermaksud:

"Dan kami wasiatkan (perintahkan)kepada manusia supaya berbuat baik kepada ibu bapanya. Ibunya mengandungnya dengan menderita kelemahan di atas kelemahan dan menceraikan menyusu dalam 2 tahun. Bersyukurlah kepadaku dan kepada ibu bapamu! Kepadaku tempat kembali"

Permasalahan Keempat:

Luqman mendidik anaknya dengan mencegah anaknya dari mentaati ibubapa yang mendesak atau mengajak supaya mensyirikkan Allah s.w.t. dan segala macam perbuatan maksiat yang dilarang Allah s.w.t.

Akan tetapi sebagai anak,ibubapanya harus dilayani ,ditemani dan digauli dalam suasana yang penuh kebahagiaan dan kasih sayang. Anak juga harus melakukan kebaikan kepada mereka berdua seperti menjaga hal ehwal kewangan,menghormati dan berkhidmat kepada mereka.

Inilah yang diterangkan melalui ayat 15 surah Luqman yang bermaksud:

"Dan kalau keduanya memaksa engkau supaya mempersekutukan Aku, apa yang tiada engkau ketahui ,janganlah dituruti;dan pergaulilah keduanya di dunia ini dengan secara patut"

Permasalahan Kelima:

Luqman menasihati anaknya agar melalui jalan yang dilalui oleh mereka yang kembali bertaut kepada Allah s.w.t. dengan keimanan, ketaatan dan meredah jalan yang lurus (jalan yang Allah s.w.t. anugerahkan nikmat kepada mereka).Bukan jalan yang dilalui oleh mereka yang dimurkai Allah s.w.t. dan mereka yang sesat!

Mereka yang kembali kepada Allah s.w.t ini terdiri dari kalangan para Rasul, Nabi, orang benar dan sesiapa sahaja yang mengikuti mereka dengan keikhsanan dari kalangan orang mukmin.

Inilah yang diterangkan melalui ayat 15 surah Luqman yang bermaksud:

"Dan turutlah jalan orang yang kembali kepadaKu "

Permasalahan Keenam:

Luqman berpesan kepada anaknya supaya melakukan 'pemerhatian' tentang Hari Qiamat,urusan al- Qadha',pembalasan amalan serta melakukan pemerhatian terhadap segala arahan menyuruh dan meninggalkan sesuatu perkara di dalam menongkah arus dunia ini.

Inilah yang diterangkan melalui ayat 15 surah Luqman yang bermaksud:

"Nanti kamu akan kembali kepadaKu dan akan Aku beritakan kepada kamu apa yang telah kamu kerjakan"

Permasalahan Ketujuh:

Luqman menerangkan kepada anaknya akan 'syumul'nya Ilmu Allah melewati ilmu manusia. Allah s.w.t. bebas melakukan apa sahaja tanpa ada halangan. Allah s.w.t. mendatangkan sesuatu yang diinginkanNya dari segenap tempat yang tak mampu dibuat oleh makhluk.

Sesuatu kebaikan,kejahatan,kezaliman dan kesalahan yang diumpamakan seperti berat biji sawi walaupun tersembunyi jauh di dalam batu atau jauh berada di tempat yang tinggi seperti langit atau jauh berada di sedalam-dalam tempat seperti di dasar bumi akan didatangkan oleh Allah s.w.t. jua pada Hari Qiamat untuk dihisab / dihitung dan diberi ganjaran dosa atau pahala.

Inilah yang diterangkan melalui ayat 16 surah Luqman yang bermaksud:

"(Kata Luqman): Hai anakku! Sesungguhnya jika ada (amal engkau) seberat biji sawi dan ada (tesembunyi) dalam batu,di langit atau di bumi ,itu akan dikemukakan oleh Allah dan Allah itu Halus (mengerti hal-hal yang halus) dan Cukup Tahu"

Permasalahan Kelapan:

Luqman menyuruh anaknya agar menunaikan solat/sembahyang kerana solat merupakan fardhu yang difardhukanNya melalui utusanNya di bumi( dari kalangan Nabi dan Rasul).

Selepas manusia ditegah dari syirik dan ditakutkan dengaan Ilmu Allah dan QudratNya yang tak dapat ditandingi oleh sesiapa,datanglah arahan supaya beramal dengan amalan-amalan yang serasi dengan prinsip-prinsip Tauhid iaitu antaranya solat / bersembahyang. Solat adalah tiang agama. Dalil keimanan dan yakinnya hamba terhadap Ilahi. Jalan mendekatkan diri kepadaNya dan membantu mencegah kemungkaran, kekejian dan mensucikan diri.

Inilah yang diterangkan melalui ayat 17 surah Luqman yang bermaksud:

"Hai anakku! Dirikanlah solat/sembahyang "

Permasalahan Kesembilan:

Luqman menyuruh anaknya berbuat yang ma'ruf / kebaikan dan mencegah kemungkaran. Ini menunjukkan kepada kita bahawa arahan supaya menyuruh berbuat kebaikan dan mencegah kemungkaran dari 'tugasan' yang terkandung di dalam seruan Ilahi kepada Agama Islam semenjak dahulu lagi…

Inilah yang diterangkan melalui ayat 17 surah Luqman yang bermaksud:

"Suruhlah mengerjakan yang baik,cegahlah perbuatan yang buruk"

Permasalahan Kesepuluh:

Luqman menasihatkan anaknya agar bersabar di atas segala perkara yang dibenci yang menimpa diri samada musibah itu datang dari Ilahi menguji diri,harta,suami isteri dan anak-anak. Atau musibah ini berpunca dari bertembungnya dengan masyarakat yang membenci pendakwah (pendakwah bersifat pembawa hidayat,pemberi ingatan ,pembaik pulih dan pelindung) apabila menyeru ke arah kebaikan dan mencegah kemungkaran dan apabila pendakwah mengajak manusia kepada Agama Allah iaitu Islam serta lain-lain bidang atau cabang-cabang kebaikan.

Dimulakan wasiat dengan arahan solat / bersembahyang dan ditamat dengan arahan supaya bersabar. Mengapa? Kerana solat tiang agama dan sabar merupakan asas kekalnya ketaatan sepanjang masa.

Secara jelas dapat difahami ,bahawa sabar menahan musibah ini tergolong di dalam 'perkara yang berhajat kepada kehendak yang kuat dari tahap keazaman'.

Inilah yang diterangkan melalui ayat 17 surah Luqman yang bermaksud:

"Dan berhati teguhlah menghadapi apa yang menimpa engkau;sesungguhnya (sikap) yang demikian itu masuk perintah yang sungguh-sungguh"

Permasalahan Kesebelas:

Luqman menasihati anaknya agar jangan takabbur dengan apa-apa pergerakan sekalipun yang menunjukkan kesombongaan dan ketinggian diri di depan manusia.

Luqman berpesan agar jangan memaling muka apabila bercakap dengan manusia kerna ia menunjukkan sifat takabbur dan menghina(merendah-rendahkan seseorang). Jangan takabbur dan merendah-rendahkan seseorang. Jangan memaling muka,membantah atau membangkang tanpa usul periksa. Akan tetapi sentiasalah tawadhuk(merendahkan diri) ,berlembut,manis bicara,senang diajak berbicara,seronok diajak berbicara,riak muka yang gembira,seronok ,ramah dan menjadi pendengar yang baik.

Inilah yang diterangkan melalui ayat 18 surah Luqman yang bermaksud:

"Janganlah engkau memalingkan muka engkau dari manusia kerana kesombongan"

Permasalahan Kedua Belas:

Luqman nasihati anaknya agar tidak berjalan di atas muka bumi ini dengan menampakkan keseronokan yang amat sangat hinggalah akhirnya keseronokan ini melebihi had di dalam pergerakannya ,membezakan kelakuannya dengan manusia lain kerana ia mengandungi ciri-ciri berlebih-lebihan atau jauh dari kesederhanaan .Dengan ciri ini orang yang gembira ini akan menjadi takabbur dan sombong yang melebihi had syara'.

Inilah yang diterangkan melalui ayat 18 surah Luqman yang bermaksud:

"Dan janganlah berjalan di bumi dengan angkuh!Sesungguhnya Allah tidak mencintai sekalian orang yang sombong dan membanggakan diri"

Permasalahan Ketiga Belas:

Luqman menasihati anaknya agar bersederhana dan sekata ketika berjalan. Tidak terlalu perlahan hingga menampakkan kemalasan, kelambatan yang amat sangat sehingga menampakkan diri lemah konon-kononnya ingin dikatakaan 'zuhud'. Tidak terlalu laju sehingga menonjolkan sikap berlebih-lebihan serta tidak peduli kepada suasana sekeliling.Oleh itu sikap sederhana dan sekata di antara lambat dan laju merupakan tanda / lambang seseorang itu tenang,beraqal dan diri yang cergas dan sihat.

Inilah yang diterangkan melalui ayat 19 surah Luqman yang bermaksud:

"Dan besederhanalah dalam berjalan"

Permasalahan Keempat Belas:(terakhir)

Luqman menasihati anaknya agar merendahkan suara dan mencukupi suaranya didengari mengikut hajat atau keperluan pendengar. Inilah antara adab bersuara dan bercakap untuk keperluan.Diterangkan dalam wasiat ini ,bahawa mengangkat suara tanpa hajat/keperluan merupakan perkara yang dikutuk ,dikecam ,tidak disukai dan buruk. Contoh yang akan diberikan dalam ayat berikut ini bahawa seburuk-buruk suara adalah suara himar / keldai kerana suara himar / keldai awalnya suara mengeluh dan akhirnya suara menguak /melalak.

Inilah yang diterangkan melalui ayat 19 surah Luqman yang bermaksud:

"Dan lembutkan lah suara engkau! Sesungguhnya suara yang amat buruk ialah suara himar"

Artikel ini diambil dari: http://tanbihul_ghafilin.tripod.com/wasiatluqman.htm

Semuga wasiat atau nasihat ini menjadi pedoman kita untuk menjadi insan yamg mulia disisi Allah swt dan juga memberikan kekuatan kepada kita untuk mengajak seluruh umat untuk kembali kepada Al-Quran dan Sunnah Rasulullah s.a.w.

Apa yang baik itu adalah daripada Allah swt jua dan apa yang kurang itu adalah daripada kejahilan dan ketidakupayaan saya sendiri.

Waallahua'lam.

Sumber : Al-Hikmah @ Facebook

24 Jun 2009

Akhlak Remaja Part 2

Penyampai: Ustz Dato’ Abu Hasan Din Al-Hafiz

1. Masalah orang dewasa tidak sehebat masalah remaja

2. Sabda Rasulullah s.a.w:
“Sebaik-baik remaja ialah remaja yang berkelakuan seperti orang tua (dewasa), manakala sejahat-jahat orang dewasa ialah yang berkelakuan seperti kanak-kanak”

3. Remaja yang menunjukkan sikap seperti orang dewasa (bersikap matang dari segi cara pemikiran, tingkah laku) susah untuk dicari & dianggap istimewa berbanding remaja biasa yang lain

4. Ibu bapa turut memainkan peranan & terlibat juga dalam kesalahan anak-anak muda masa kini

5. Semasa bayi, penyusuan dalam 2 tahun pertama bayi tersebut juga memainkan peranan
Penyusuan menggunakan susu haiwan (lembu, kambing..) semata2 / bercampur2 dalam 2 tahun pertama antara salah satu sebab kebanyakan remaja kini berkelakuan sedikit sebanyak seperti haiwan (tiada perasaan malu, etc..)
Oleh itu Islam menuntut agar dalam 2 tahun pertama itu bayi disusukan dengan susu badan, kerana susu badan mengandungi banyak khasiat untuk bayi yang tidak ada tandingan berbanding susu formula yang berada di pasaran sekarang & membekalkan sistem imunisasi yg cukup utk bayi
Selain faktor kesihatan, susuan sempurna (2 tahun genap penyusuan susu badan) patut diberikan kepada setiap bayi untuk membentuk peribadi anak yg lebih ‘manusia’
Semasa Rasulullah s.a.w bayi, apabila susu ibunya tidak mencukupi, Allah telah mewahyukan ibunya untuk mencari ibu susuan sedangkan ketika itu terdapat banyak susu kambing. Ini menunjukkan betapa pentingnya susu badan untuk perkembangan awal bayi; yg juga penting dlm menentukan sahsiah insaniah masa depan

6. Hiburan melampau (hedonisme) oleh media massa kini semakin berleluasa & merupakan salah 1 faktor utama keruntuhan akhlak remaja
Ada juga yg menutup aurat dgn baik pun turut sama ‘menjayakan’ program2 hiburan, terkinja2 di dalam konsert..Astaghfirullah..
Sebenarnya Islam tidak melarang hiburan, tetapi yang dilarang ialah hiburan yg MELAMPAU (yakni hiburan yang langsung tidak memberi ketenangan, mengandungi unsur2 lucah sama ada dari segi lirik lagu, tingkahlaku ketika menyampaikan hiburan itu; seperti tidak sedarkan diri & seumpamanya)
Kita tidak dilarang untuk mendengar muzik2 ringan yg memberi ketenangan, sebagai halwa telinga (atau alternatif untuk menghilangkan stres), seperti yg berunsur alam, mempunyai nilai motivasi & semangat, akan tetapi LEBIH ELOK & DIGALAKKAN kpd kita, umat Islam untuk mendengar & mengamalkan bacaan Al-Quran & zikir, kerana Allah telah menjanjikan ketenangan melaluinya sekiranya kita benar2 menghayati

7. Seperkara lagi, Kita sudah biasa dengan kenyataan sebegini; “Nampak luaran je macam ni, tapi dalam hati baikk..” (merujuk kepada orang2 yg tidak menutup aurat, kelakuan tidak senonoh & seumpamanya)
Hakikatnya, yang nampak di luar inilah yang menggambarkan keadaan hati sebenar, kerana jika di dalamnya baik (hati), maka baiklah luarannya. KEMUDIAN BARULAH boleh dikatakan jika di luarnya baik, di dalamnya hanya Allah yang tahu (kebanyakannya benar2 baik, sesetengahnya tidak ikhlas & sekadar mahu menunjuk).
Islam sudah katakan bahawa menutup aurat itu baik & sebaliknya jika tidak menutup aurat. Maka bagaimana pula kita boleh katakan hati kita baik setelah terang-terangan kita melanggar perintahNya yang wajib? Baikkah orang yang melanggar peraturan terutamanya peraturan Allah? Sama2lah ambil iktibar

8. Salah satu tanggungjawab seorang lelaki yg ingin berkeluarga adalah untuk mencari perempuan yg baik2

9. Allah akan terima taubat seseorang yang;
Bersungguh2 taubat (taubat nasuha & menginsafi kesalahannya; tidak akan mengulangi kesalahannya lagi
Berusaha menguatkan imannya
Mengamalkan amalan yg soleh

10. Fitrah manusia lebih cenderung kepada perkara2 mazmumah (keburukan) berbanding mahmudah (kebaikan)
Oleh itu, susah untuk menjadikan manusia benar2 manusia & mudah pula untuk menghasilkan ’sahsiah haiwaniah’

11. Dalam kita mendidik anak2, biar anak2 yg menangis kerana kita, jangan nanti kita
pula yang menangis jika anak2 menderhakai kita kelak, dengan syarat, kita mendidik dengan lunas2 Islam

12. Didiklah juga percakapan yg sopan kpd anak2, seperti mengajar anak2 menjauhi percakapan ‘aku-engkau’ yg kurang sesuai (’aku’ lbih ssuai dgunakan untuk monolog / antara tman2 rapat), lantas mengelakkan ‘kejutan budaya’ & environment yg lebih mementingkan style percakapan tanpa mengira aspek akhlak. Namun, biasakan dgn tutur kata sopan. Sebaik2nya elakkan guna ‘aku’ apabila brbual dgn org lain

13. Jika anak2 berkelakuan tidak baik, terus tegur (teguran berhikmah)

14. Kanak2 biasa dididik dengan tarbiah (percakapan) kerana kanak2 mumayyiz sudah mampu membezakan yg baik / buruk,
Manakala remaja biasanya dididik dengan taqli (memberi ilmu yg baik2) kerana akal remaja yg baligh sudah boleh berperanan

15. Binalah keluarga yg sakinah (bahagia), mawaddah warahmah (berkasih sayang)

16. Jadilah seperti ikan di laut, walaupun laut itu masin, isi ikannya tetap tawar (di sini ikan menggambarkan diri kita, manakala laut menggambarkan environment yg kurang sihat; maksudnya jgnlah kita mudah terpengaruh dengan keadaan semasa / gejala sosial yg tidak elok di sekitar, teguhkanlah iman kita, InsyaAllah kita boleh menghadapinya)

17. Bayi dilahirkan dalam keadaan tidak mengetahui apa2, seperti kain putih
Islam memberi tanggungjawab kepada ibu bapa untuk mendidiknya

18. ‘Dunia tanpa sempadan’ merupakan ancaman kepada keruntuhan akhlak remaja

19. Internet juga salah 1 punca yg membawa keruntuhan akhlak jika tidak digunakan untuk tujuan kebaikan, oleh itu, sebagai ibu bapa kita berperanan untuk mengawasi apa yg anak2 kita surf, namun tidak bermaksud mencerobohi privacy anak2;
Sebagai contoh, jangan biarkan anak2 melayari internet secara tersembunyi (dalam bilik yg berkunci & tertutup sepenuhnya)>mewujudkan suasana yg mencurigakan bukan? Awasi sekadar yg kita boleh nampak apa yg dilakukan, menaip, tingkahlaku, sekali sekala tanya kpd anak2 apa yg dilayarinya (wujudkan komunikasi)

20. Akui sebahagian daripada kesilapan anak itu sebagai kesalahan kita juga, kerana kita bertanggungjawab mendidiknya

21. Daripada Abu Hurairah r.a., Sabda Rasulullah s.a.w:
“Setiap anak yang dilahirkan membawa fitrah beragama (percaya kepada Allah). Maka kedua-dua orang tuanyalah (ibu bapa) yang sebaliknya menjadikannya beragama Yahudi, Nasrani atau Majusi; sebagaimana binatang yang melahirkan anaknya dalam keadaan sempurna tanpa sebarang kecacatan. Adakah kamu mendapati binatang dilahirkan dalam keadaan sama ada hidung, telinga atau mana-mana anggota terpotong?” (Hadis Riwayat Muslim dalam kitab Qadar)

Sumber : Mahirah's Blog

23 Jun 2009

Akhlak Remaja

Penyampai: Dato’ Abu Hasan Din Al-Hafiz
Intro:
Kisah Ashabul Kahfi, golongan muda beriman yang mengasingkan diri ke gua kerana mahu menjaga iman. Mereka lari daripada pemerintahan raja mereka yang zalim & menyeksa golongan yg beriman
Isi:


1. Remaja
peringkat pertengahan insan
usia yang paling kritikal
Sabda Rasulullah s.a.w: “Remaja itu sebahagian daripada ciri-ciri orang gila”
ini kerana orang gila mempunyai sikap yang tidak menentu; sesetengah orang gila berkelakuan baik & tidak mengganggu orang lain (asyik dalam dunianya sendiri), manakala sesetengahnya agresif & mengganggu ketenteraman orang awam

2. Oleh itu, Islam sangat pentingkan golongan remaja

3. Di padang mahsyar kelak ada 7 golongan manusia yang akan mempunyai bayang2 selain Allah (Padang mahsyar tidak ada bayang2, hanya Allah sahaja yg mempunyai bayang2 pada waktu itu); bermakna mereka ini dimuliakan Allah.
Salah satu golongan tersebut ialah golongan remaja beriman (remaja yg dididik dalam suasana beribadat kepada Allah

4. Awasi makanan anda, kerana makanan yang haram akan menjejaskan sahsiah (makanan yg haram tidak semestinya dtg daripada bahan makanan itu sendiri, tetapi sumber kewangan yg digunakan juga mestilah bukan dtg dari sumber yg haram)

5. Sejak Rasulullah bayi lagi, Allah sudah mengambil alih takdid (proses penjanaan asas) kerana bapa baginda sudah tiada ketika baginda masih dalam kandungan. Contoh takdid ialah tuntutan setelah seseorang bayi lahir seperti azan & iqamat pada telinga bayi, aqiqah, cukur rambut..

6. Tujuan takdid ialah untuk mencukupkan persediaan seseorang insan untuk membentuk peribadi manusia sebenar

7. Umpama kita hendak membina bangunan, asas kepada bangunan tersebut mesti diperkukuhkan terdahulu, baru boleh menampung bangunan yang akan dibina di atasnya. Semakin kukuh asas itu, semakin tinggi bangunan yg boleh dibina. [Semakin kukuh asas Iman, semakin teguh pendiriannya kelak ketika menghadapi pelbagai dugaan; tidak mudah terpengaruh dengan unsur2 mazmumah]

8. Janalah kekuatan Iman sejak lahir

9. Kita seperti sebuah pokok, Jikalau akar tunjang (iman) kuat, tertanam jauh ke dalam tanah (menggambarkan asas Iman yang kukuh), Pokok (merangkumi aspek akhlak, ibadah & syariat) tidak akan mudah tumbang bila ribut (sebarang gejala sosial) melanda

10. Awasilah anak2 kita secara konsisten, apa yg dilakukannya, dgn siapa mereka berkawan, supaya mereka tidak terbabas dari landasan

11. Akhlak bukan sahaja merangkumi pemakaian yg sopan, tetapi akhlak juga merangkumi gerak laku seseorang itu; bahasa badan, perbuatan, gerak mata (cara pandang) & anggota. Walau pemakaian sudah cukup sopan sekalipun, jika memandang orang dengan jelingan tajam & wajah yang tidak mesra, tambahan dengan gerak-geri yg tidak menyenangkan (’gedik’..etc), sudah tentu akhlaknya pada pandangan kita menjadi kurang manis

12. Penentuan akhlak anak kita bermula sejak pemilihan jodoh lagi, yakni mengahwini seseorang berdasarkan agama (paling utama). Ketika pemilihan jodoh juga kita dituntut untuk mencari pasangan yang baik akhlaknya & daripada keturunan orang yg baik2 (keturunan yg bebas maksiat).
Hal ini penting kerana anak akan mewarisi sifat ibunya ketika dalam kandungan manakala akan mewarisi sifat bapanya selepas anak itu dilahirkan

13. Dalam keluarga, kita kena pastikan setiap ahli keluarga menjalankan tanggungjawab masing2 (sama2 bertanggungjawab)

14. Sabda Rasulullah s.a.w:

“Malu & Iman adalah 2 benda yang tidak boleh dipisahkan. Jika hilang mana-mana satu, maka hilanglah kedua-duanya”
bahkan Aisyah r.a pernah berkata; “Jikalau aku tidak ada perasaan malu, nescaya aku akan memeluk semua lelaki”
Hal ini menerangkan Malu & Iman saling berkait; Jika Iman ada, InsyaAllah Malu ada. Berdasarkan masalah keruntuhan akhlak remaja sekarang, ternyata Iman mereka sudah semakin luntur lantaran mereka tidak malu lagi untuk melanggar tuntutan Islam, langsung tidak malu mendedahkan tubuh & menunjukkan tingkahlaku yg tidak sopan. Sesungguhnya pengukuhan Iman itu asas hidup kita.

Sumber : Mahirah's Blog
Copyright © 2010 DREWFM Enterprise