Your Ad Here
Al Jazeera | Animal Planet | Bloomberg UK | Bloomberg US | C-Span | DWTV | France24 | HudaTV | Islam Channel | Peace TV | Sky News UK | Dewan Rakyat | LIVE DEWAN RAKYAT dibawakan khas, jam 10.00 pagi hingga jam 6.00 petang Isnin hingga Jumaat.
This is the 2nd version of infoKu. You can view our previous post by visiting our infoKu v1.0

Taukeh
-Mohd Refezal bin Mohd @ Anan
-Universiti Malaya
-Kejuruteraan Komputer

Krew Pena
-Muhammad Syakir bin Zakaria
-Universiti Malaya
-Kejuruteraan Mekanikal

-Muhammad bin Mohamed Kamil
-Royal Melbourne Institute of Technology
-Ukur Bahan

20 Mac 2010

Surat Dari TNC UM

17 Mac 2010

The Infidel (Kafir). Filem Penghinaan Terhadap Islam


Sinopsis
Mahmud Nasir yang dilakonkan Omid Djalili, seorang suami dan ayah yang penyayang.

Adakah pernah keluar perkataan F dari mulutnya? Agak mustahil. Adakah dia menyatakan dia sembahyang 5 kali sehari? Ya semestinya! Adakah dia berpuasa setiap Ramadhan? Siapa yang tahu?

Dia mungkin seorang yang tidak alim, tetapi dia tahu yang dia seorang Muslim. Tetapi selepas kematian ibunya, satu penemuan menyebabkan hidupnya tunggang langgang. Dia mendapati sijil lahirnya menyatakan dia seorang Yahudi, dan nama sebenarnya Solly Shimshillewitz!

Dalam pada Mahmud terumbang-ambing krisis identiti sebenar dia, seorang yang hanya dapat dia memberi harapan adalah Lenny yang dilakonkan Richard Schiff, seorang Yahudi kaki botol yang bersetuju mengajarnya hidup keYahudian yang dimulakan dengan tarian seperti tarian Topol.

Sumber : imdb.net

Sebuah lagi filem yang cuba mempermainkan Islam dengan menunjukkan seorang Islam cuba keluar menjadi seorang Yahudi. Ia juga memburukkan Islam dengan menunjukkan bagaimana orang Islam dibolehkan berkahwin selain selain bukan Islam (bukan ahli kitab). Filem ini turut menggambarkan bagaimana takutnya seorang suami terhadap si isteri sehingga berlaku penceraian. Walaupun filem ini diklasifikasikan sebagai filem komedi, ia jelas menunjukkan penghinaan terhadap Islam dengan menggambarkan seorang Muslim yang tidak berpendirian tetap dan menjadi bahan ketawa kepada orang lain. Terdapat banyak lagi adegan dan 'screenshot' yang jelas menghina Islam termasuk dilakon di dalam masjid. Selain itu diturut dipermainkan ialah hudud. Filem yang bakal ditayangkan awal April 2010 semestinya memberi imej buruk terhadap Islam kerana dengan jelasnya meletakkan tajuk filem "The Infidel" yang bermaksud "kafir".

15 Mac 2010

Siapakah Malcolm X?

Di mana-mana sahaja di pelosok dunia, terdapat cahaya-cahaya perjuangan Islam yang dibawa oleh insan-insan yang telah diberi hidayah oleh Allah swt. Tidak kira sama ada mereka orang Arab atau tidak, namun jika mereka memahami hakikat Islam yang
sebenar, mereka akan terkesan dengan kehebatan cara hidup beragama Islam yang indah dan syumul. Kisah hidup Malik el- Shabbaz menjadi pengajaran kepada kita bagaimana teguhnya memperjuangkan kebenaran, melawan taghut kebatilan dan penyelewengan, serta kembali kepada ajaran Islam yang suci dan bebas daripada unsur Jahiliah.

Malcolm X dilahirkan di Omaha pada tahun 1925 dalam sebuah keluarga besar – 10 orang adik beradik. Bapanya adalah penganut agama kristian yang kuat. Sejak kecil hidupnya berpindah randah mengikut ibu bapanya.

Mereka akhirnya menetap di Lancing, Machigan. Kedua-dua ibu bapanya meninggal ketika Malcolm X masih remaja.Ayahnya telah dibunuh oleh pelampau kulit putih. Disebabkan latarbelakang warna kulitnya, Malcolm terpaksa menanggung kebencian pelampau Kulit Putih yang sangsi dengan asalnya, sama seperti yang ditanggung oleh ayahnya sebelum dia dibunuh.

Malcolm X membesar sebagai anak kulit hitam yang lain, yang menghadapi diskriminasi dan tekanan daripada golongan kulit putih. Malcolm X meninggalkan sekolah lebih awal dan mencari kerja di New York. Dia bekerja sebagai pelayan di Harlem.

Kehidupan yang sukar menyebabkan dia mula menjual dadah – Marijuana dan menjadi penagih kokain. Beliau kemudiannya menjadi perompak dan pada tahun 1946 dia ditangkap dan dipenjara.

Di dalam penjaralah Malcolm X mengenal Islam melalui pemimpin kulit hitam Elijah Muhammad. Saudara kandungnya memperkenalkannya kepada ajaran yang dibawa oleh Elijah Muhammad. Elijah, pemimpin Nation of Islam (NOI), memperkenalkan mesej yang cuba membawa golongan Kulit Hitam di US keluar daripada penindasan perkauman dan juga mentaliti bahawa warna kulit mereka dan bangsa mereka adalah faktor yang memberi mereka status yang hina dalam sistem sosial Amerika. Malcolm membuat keputusan untuk memeluk Islam dan menganuti doktrin itu. Selain Islam, Malcolm X juga mendapat Ilmu dari buku-buku yang dibacanya. Di sinilah Malcolm X mengasah bakat kepimpinan dan daya intelektualnya. Elijah memperjuangkan Islam dengan pandangan yang penuh perkauman dan dendam terhadap kulit putih. Itulah pandangan Malcolm terhadap Islam yang dianutinya.

Malcolm X keluar dari penjara pada tahun 1952. Beliau menjadi pendakwah Islam sepenuh masa dan memperjuangkan Islam serta hak kesamaan kulit hitam dan kulit putih.

Nation Of Islam


-Enam aspek dalam doktrin
Nation of Islam, yang diperjuangkan oleh Elijah Muhammad.


1. ‘Islam ialah agama sebenar
untuk golongan Kulit Hitam manakala Kristian pula agama untuk musuh iaitu Kulit
Putih’.


2. ‘Kepercayaan bahawa Allah
sebenarnya seorang Kulit Hitam dan orang Kulit Hitam itu tuhan’.


3. Kulit Hitam ialah
‘Golongan Terpilih yang penciptaannya dan asalnya berasaskan kebenaran’.


4. ‘Golongan Kulit Putih
sebenarnya syaitan’.


5. ‘Pengasingan sosial dan
politik daripada golongan Kulit Putih ialah keutamaan yang suci dan mulia’.


6. ‘Keperluan perpaduan kaum
dan dalam Islam di seluruh dunia’. Bertentangan dengan tanggapan yang dicipta
oleh Euro-America, beliau berpandangan bahawa semua penduduk negara membangun
ditakdirkan untuk bersatu kerana mereka semua berasal dari golongan Kaum Asal
(Original People).

Malcolm Little menukar namanya kepada Malcolm X dan menjadi seorang penganut yang begitu gigih dan bersemangat memperjuangkan falsafah Elijah Muhammad itu. Kekentalan usahanya berdakwah telah membawanya ke segenap ceruk komuniti Kulit Hitam di US.

NOI tersebut menimbulkan suasana yang cukup hangat di US pada penghujung 50an dan awal 60an. Ini kerana pada ketika itu di US, gerakan-gerakan hak asasi sedang bersungguh-sungguh untuk menghentikan semua polisi berbaur perkauman dalam kehidupan dan masyarakat Amerika.

Malcolm begitu lantang mengisytiharkan kepada Kulit Hitam bahawa “Kulit Putih dan Kulit Hitam tidak boleh hidup bersama-sama dan sebarang usaha untuk bersatu-padu akan membawa kerugian besar kepada Kulit Hitam”.

Media golongan liberal Kulit Putih seperti The New York Times, The Chicago Tribune telah mengecam Malcolm X dengan label-label seperti “penghasut” dan “pencetus masalah.

Pada November 1963, berikutan pembunuhan Presiden John F Kennedy, Malcolm telah mengeluarkan satu kenyataan yang akhirnya memisahkan dirinya dan Elijah Muhammad.

Kepintarannya berhujah dan memberikan idea menjadikan Malcolm X lebih popular dari daripada Elijah. Publisiti yang diterimanya dari akhbar dan TV menjadikan Malcolm X dicemburui oleh banyak orang termasuk Elijah.

Beliau dilaporkan dalam satu akhbar US sebagai menyifatkan pembunuhan Presiden itu adalah contoh jelas satu balasan terhadap dosa mereka (masyarakat US) sendiri selama ini (frasa asal: chickens coming home to roost). Bagi Malcolm, masyarakat US ialah masyarakat yang kejam dan kekejaman mereka telah lama ditujukan kepada golongan Kulit Hitam. Kepincangan ini tidak perlu dinafikan lagi kerana hinggakan Presiden sendiri boleh menjadi sasaran pembunuhan yang tidak berperikemanusiaan.

Pada tahun 1963, Elijah menyingkirkan Malcolm X daripada gerakan Muslim kulit hitam. Malcolm telah digantung keahlian selama 90 hari sebagai hukuman dan puak konservatif yg membenci cara
kerja Malcolm melihat hukuman itu sebagai peluang untuk terus menjatuhkannya. Masa hadapan Malcolm bersama NOI hampir berkubur kerana Elijah sendiri semakin sangsi dengan kesetiaan
Malcolm. Ini ditambah lagi apabila rakan-rakan Elijah di Chicago, yang jelas memusuhi Malcolm, mengambil kesempatan ini untuk meluaskan jurang perselisihan dua individu ini. Pada perspektif seorang penuntut Islam, perkembangan ini menjadi asas kepada kemunculan Malcolm yang baru. Dalam erti kata lain, perselisihan ini membuatkan Malcolm memikirkan dan menilai kembali keseluruhan falsafah perjuangan NOI. Beberapa perubahan besar dalam diri Malcolm berlaku ketika krisis ini berlangsung. Malcolm menubuhkan kumpulan protesnya sendiri – Pertubuhan Perpaduan Afro-Amerika (PPA-A).

Pandangan Malcolm X terhadap Islam dan fahaman perkauman berubah apabila beliau mendapat peluang mengerjakan haji ke Mekah pada tahun 1964. beliau mula memahami betapa indahnya konsep kesejagatan perdamaian dan keamanan yang diutarakan oleh Islam. Di Mekahlah juga Malcolm X menginsafi bahawa bukan semua orang kulit putih itu kejam dan bukan semua orang kulit hitam baik.

Selepas berpisah dengan Elijah, Malcolm menukar namanya kepada Malik el Shabazz. Gelaran El Hajj
ditambah setelah beliau kembali daripada perjalanan menunaikan Haji di Makkah. Malik Shabazz juga telah memilih aliran Sunni Islam sebagai pegangannya.

Dengan memilih Sunni, beliau menjadi seorang yang lantang mengkritik bekas ketua dan ajarannya. Dalam beberapa pertemuan umum seluruh US, beliau mengaku mendedahkan banyak kepincangan dan penyelewengan dalam ajaran NOI.

19 April 1964, Malcolm menyempurnakan umrahnya dengan tawaf kaabah, minum air zam zam di Telaga Zam Zam dan berulang-alik dari Safa ke Marwah. Ketika ini Malcolm lihat manusia semuanya adalah sama rata dan mula yakin bahawa hanya Islam yang dapat mengatasi masalah perkauman.

Bertitik tolak daripada pengembaraannya ke Makkah di mana beliau memerhatikan perpaduan pemimpin-pemimpin Muslim, Malik Shabazz mula membentuk imej baru dalam dunia Islam.

Malcolm X kembali ke Amerika dengan semangat baru memperjuangkan Islam. Pertubuhan Perpaduan Afro-Amerika yang diasaskannya membawa pendekatan yang lebih diplomatik dan sederhana, tidak lagi perkauman dan penuh dendam terhadap kulit putih.

Kesannya, beliau mula memperkenalkan dengan lebih jelas pegangan ortodoks Islam yang sahih di US. Perubahan Malcolm X menjadi pemimpin Muslim ortodoks ini turut menjadi mangkin kepada
kelahiran pelbagai pertubuhan Muslim Afrika-Amerika.

Era awal 1960an menjadi satu titik penting dalam sejarah Islam kerana pada masa inilah Sunni ortodoks muncul di khalayak menerusi masjid Malik Shabazz di Harlem dan pelajar muslim antarabangsa mula menubuhkan persatuan-persatuan pelajar Muslim. Perkembangan dua elemen
inilah yang menjadi asas kepada apa yang wujud pada hari ini.

Kumpulan ini bagaimanapun hanya dapat mengumpulkan sejumlah kecil penyokong pada saat Malcolm X dibunuh dengan kejam pada 1965. 21 Febuari 1965, di Manhattan's Audubon Ballroom ketika hendak memulakan ucapan berlaku satu kekecohan dan seorang lelaki menjerit “Keluarkan tangan kau dari poket aku! Jangan mengganggu poket aku!”. Beliau ditembak di dada ketika cuba menenangkan kekecohan itu bersama pengawal peribadinya.

Beliau seorang yang berani, seorang pemidato yang berkarisma dan sangat fasih. Beliau adalah contoh seorang manusia yang bersungguh-sungguh untuk membawa dirinya keluar daripada belenggu
kemiskinan dan kemunduran ilmu, dua masalah utama yang telah meletakkan masyarakat Kulit Hitam US di kelompok terendah masyarakat.

Beliau seorang Afrika-Amerika yang telah melontar dirinya ke barisan hadapan untuk menentang
ketidak adilan masyarakat Kulit Putih dengan caranya sendiri yang akhirnya telah membawanya menerokai siapa dirinya. Beliau seorang yang cukup bijak untuk menerima kesilapannya seperti yang ditonjolkan ketika beliau meninggalkan NOI setelah beliau mula sedar pergerakan itu berprinsipkan perkauman semata-mata.

14 Mac 2010

The Divine Book (Malay Sub) : Kitab-kitab Ketuhanan

Satu Tuhan - Satu Mesej
Siri ini mengetengahkan bukti-bukti dari Pencipta kita, ia akan mendedahkan kebenaran yang mengejutkan, disamping menunjukkan kita ke jalan yang lurus, keesaan, panduan, dan perpaduan kepada sesiapa yang mencarinya.

Sebuah dokumentari tentang asas kepada dua agama paling suci di dunia, Kristian dan Islam, dan perbezaan yang dicipta oleh kebodohan manusia. Siri ini menekankan tentang zat-zat Tuhan yang satu ini, dan "Satu Mesej" yang telah disampaikan oleh nabi Musa, Isa dan Muhammad SAW. Semuanya adalah nabi kepada Tuhan yang satu ini. Dokumentari mesti tonton ini ditujukan kepada sesiapa yang mahukan kebenaran tentang apa yang sebenarnya disampaikan oleh kitab-kitab ini dan pembongkaran tentang penyelewengan iaitu pengubahsuaian dalam kitab-kitab terdahulu sebelum Quran. Di mana sebenarnya Injil asli disembunyi.

Siri : The Divine Book
Sarikata : Bahasa Melayu
Durasi : 1 Jam 35 Minit
Saiz : 290MB (10 Episod)

13 Mac 2010

The Arrivals (Malay Sub) : Konspirasi Yahudi Mengeluarkan False Messiah (Dajjal Nabi Penyelamat Palsu)


Siri ini membongkar tentang wahyu dalam agama-agama dunia berkenaan kedatangan Dajjal, Imam Mahdi, dan nabi Isa.

Hasil kerja yang diinspirasikan oleh Hashemfilms dan sememangnya juga dari ayat-ayat suci al-Quran, kitab Injil, dan Taurat, The Arrivals adalah hasil kerjasama para pencari kebenaran Noreagaa dan Achernahr.

Sebuah dokumentari yang pasti mengejutkan anda tentang realiti dunia hari ini yang tidak anda sangka-sangka ia adalah sebahagian daripada hidup. Bagi memberi para penonton lebih memahami isi kandungan dokumentari ini, saya memuat naik siri ini yang disertakan sarikata bahasa Melayu. Saya meletakkan rating 10/10 kerana ia membongkar dan menjelaskan hampir terperinci akan setiap apa yang berlaku melalui sudut sejarah, keberkaitan dan sains.

Antara siri-siri dokumentari yang dihasilkan kumpulan ini juga ialah "The Divine Book" yang menceritakan perbandingan Quran dan Injil. Selain itu turut dimuatkan cerita di mana sebenarnya kitab Injil yang asli disembunyikan. Dan hasil kerja terbaru mereka ialah "Phase 3" yang menceritakan 3 fasa kedatangan Dajjal menurut kajian hadis dan keterangan dari Sheikh Imran Hosein di mana kita sudah menghampiri fasa ketiga iaitu seperti keterangan hadis "hari ketiga seperti seminggu"

Siri : The Arrivals
Sarikata : Bahasa Melayu
Durasi : 8 Jam 8 Minit
Saiz : 1.40GB (50 Episod)

12 Mac 2010

STUDENT POWER Public Lecture oleh Fahmi Reza


Type: Education - Lecture
Start Time: Wednesday, 17 March 2010 at 20:00
End Time: Thursday, 18 March 2010 at 22:30
Location: Studio on 2, PJ Live Arts Centre, Jaya One (depan Kolej Kediaman Seksyen 17)
Street: Jaya One, Jalan Universiti
Town/City: Petaling Jaya, Malaysia

"STUDENT POWER"
Sejarah Kebangkitan Mahasiswa Universiti Malaya '60an
Sebuah public lecture multimedia oleh Fahmi Reza

Era '60an sering disebut sebagai zaman kegemilangan gerakan mahasiswa di Malaysia. Tetapi masih ramai mahasiswa generasi sekarang yang sudah lupa tentang sejarah disebalik perjuangan yang telah menggegarkan kampus Universiti Malaya serta arena politik negara hampir setengah abad dahulu.

Fahmi Reza (pengarah dokumentari 10 Tahun Sebelum Merdeka), akan menyingkap semula kisah sebenar zaman kebangkitan perjuangan mahasiswa pada era '60an dalam sebuah persembahan public lecture multimedia menggunakan gambar, foto, video, keratan akhbar, bahan arkib dan temubual, buat pertama kali, ekslusif untuk mahasiswa UM!

Tarikh: 17 & 18 Mac 2010
Masa: 8:00 malam
Tempat: Studio on 2, PL Live Arts Centre, Jaya One, Jalan Universiti (depan Kolej Kediaman Seksyen 17)

* Public lecture ini akan turut mengundang dua orang tokoh pemimpin mahasiswa UM era '60an untuk berkongsi cerita dan pengalaman bersama penonton. Nak tahu siapa, kena lah datang sendiri dan lihat!

http://studentpowerproject.com

Ekspo Produk Halal'10

TENTATIF 13/3/2010

10 pg: Pembentangan Kertas Kerja 1
Tajuk: “Jihad Bisnes: Satu Pendekatan Strategik Ke Arah Pemerkasaan Ekonomi Ummah”
Oleh: Tan Sri Dato' Muhammad Ali Hashim (CEO Johor Corporation )
Sambungan perbentangan Kertas kerja
Tajuk:pengurusan bisness strategik sebagai kerjaya pilihan
Oleh:(wakil KFC Holding)
2 ptg :Pertandingan Catur bestari
(dibawakan khas oleh J corp)

8 Mlm: Forum kepenggunaan Islam Tajuk:"survival ekonomi islam dalam era globalisasi”
Ahli panel 1: Dr Mohd Sani B BAdron Pengarah Pusat kajian ekonomi dan masyarakat (IKIM)
Ahli Panel 2: Profesor Madya Dr. Ishak Suliaman
( Jabatan al-Quran dan al-Hadith, universiti Malaya)

TENTATIF 14/3/2010

9.30 pg:Pembentangan kertas kerja 2
Tajuk:"syubhah, menurut perspektif Islam dan penyelesaiannya” & Tayangan dari Persatuan Pengguna Islam Malaysia
Oleh: Datuk Dr. Ma'amor Osman
(Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia)
11.30pg: pelancaran HPA PMIUM

2ptg:perasmian penutup & penyampaian hadiah

Syeikh Mohamed Sayed Tantawi Meninggal Dunia

Syeikh Al-Azhar, Syeikh Mohamed Sayed Tantawi meninggal dunia semasa melakukan lawatan ke Arab Saudi hari ini.

Tantawi, 82, meninggal dunia di Riyadh - ibu negara Arab Saudi - selepas mengalami serangan sakit jantung, lapor agensi berita Al-Jazeera.

Tantawi banyak memberi sumbangan kepada dunia intelektual Islam dengan menghasilkan buku-buku agama, termasuk 15 jilid kitab tafsir al-Quran.

Tantawi dilahirkan pada tahun 1928. Beliau dilantik menjadi Sheikh Al-Azhar sejak 1996 di Universiti Al-Azhar - pusat pengajian sunah yang tersohor di dunia Islam.

Kematian ulama yang disegani itu sudah pasti meninggalkan kesan yang cukup mendalam kepada masyarakat Islam dan antarabangsa.

Sementara itu, agensi berita AFP melaporkan, anaknya, Amr Tantawi, berkata kematian bapanya merupakan satu kejutan yang tidak dapat digambarkan.

"Ahli keluarga allahyarham sudah membuat keputusan, Allah sudah memilihnya meninggal dunia di tanah Saudi, maka beliau akan dikebumikan di tanah perkuburan Al-Baqie, di Madinah, tanah suci kedua umat Islam," katanya.

malaysiakini.com

Seminar Mahasiswa Menggugat

Seminar Mahasiswa Menggugat
Copyright © 2010 DREWFM Enterprise