Your Ad Here
Al Jazeera | Animal Planet | Bloomberg UK | Bloomberg US | C-Span | DWTV | France24 | HudaTV | Islam Channel | Peace TV | Sky News UK | Dewan Rakyat | LIVE DEWAN RAKYAT dibawakan khas, jam 10.00 pagi hingga jam 6.00 petang Isnin hingga Jumaat.
This is the 2nd version of infoKu. You can view our previous post by visiting our infoKu v1.0

Taukeh
-Mohd Refezal bin Mohd @ Anan
-Universiti Malaya
-Kejuruteraan Komputer

Krew Pena
-Muhammad Syakir bin Zakaria
-Universiti Malaya
-Kejuruteraan Mekanikal

-Muhammad bin Mohamed Kamil
-Royal Melbourne Institute of Technology
-Ukur Bahan

18 April 2010

Mohd Syahrul – KKTAZ Untuk Local Atau Internasional Student?

Universiti Malaya, 17 April 2010: Assalamualaikum dan salam 1Malaysia. Straight to the point, hari isnin yangg lps, kami pihak JTK JIK dipanggil utk menghadiri meeting bsama pihak pengurusan kolej.Isunya ialah 3 blok kediaman d KKTAZ akan diisi oleh exchange student utk sesi akan datang. Dalam erti kata yang lain, hanya 1 blok sahaja untuk local student.

Keputusan ini dbuat oleh pihak Um dan tidak melibatkan pihak pgurusan Kolej. Jadi, pd meeting tsebut, pihak JTK JIK dan pihak pgurusn Kolej membincangkn isu ini mengikut stand student dan stand pihak pgurusn itu sndiri.

Sebagai wakil pelajar KKTAZ, kami menemui 3 cdgn utk menyelesaikn isu ini.

PERTAMA, pljr antrbgsa hendaklah dipecah2kn ke Klj2 lain means x dipusatkn di KKTAZ.

KEDUA, pihak Um sndiri perlu menyediakan tmpt tggl yg lain selain drpd klj kediaman utk pljr antrbgsa spt rumah sewa dan sbgnya. dan yg KETIGA yakni pilihan terakhir ialah phuni

KKTAZ yg spatutnya layak menghuni d KKTAZ dipecah2kan ke klj2 lain.

Selain itu, kami juga sdang berusaha utk berbincang dengan pihak Pengurusan Um sendiri. S/U JTK saudari Rozinor sedang menyiapkn memorandom dan surat bantahan beserta cdgn bkenaan isu ini.

Selain itu, saudara Mohamad Shahir selaku Exco Penginapan Kolej Kediaman juga sudah berkali2 berbincang dgn Dato TNC bagi menyatakan rasa kecewa sekiranya isu ini bakal benar-benar berlaku.namun, jawapan Dato TNC ialah “Itu adalah polisi Um”.

Terdapat byk sebab mengapa kita tidak bersedia utk menerima kehadiran stdent antrabgsa (xchnge stdnt) ni ke KKTAZ.

PERTAMA kita kena melihat kpd kebajikan pljr tempatan itu sendiri dr sudut keaktifan pelajar, pncapaian akademik (pointer) family background dan sbgnya. Wajarkah mereka ini disisihkan hanya semata2 mberi ruang kpd pljr antrbgsa ini.

Memanglah tetamu itu diutamakan, tetapi jgn lupa peribahasa Melayu ada mengatakan, Kera dihutan disusukan, Anak Di Rumah Mati Kelaparan. pasti pihak pengurusan Um yakni Universiti tertua di Malaysia sudah mengenali makna tersirat dan tersurat peribahasa ini.selain itu, KKTAZ sebenarnya terlalu muda utk mngendalikan penginapan pljr antrbgsa ini.

Melihat kpd sejarah pula, pembinaan dan penubuhan Kolej Kediaman Tun Ahmad Zaidi ini adalah khusus utk pelajar tempatan. Kerajaan Ngeri Sarawak telah menyumbangkan sebanyak RM 10 juta utk pbinaan klj ini dan RM 5 juta pula ditanggung oleh UM sendiri.

Jika isu ini sampai ke telinga kerajaan negeri Sarawak, saya percaya mereka juga x bersetuju jika mengabaikan kebajikan pelajar tempatan.

Jika kita melihat ke hadapan pula, pasti kita terbayang keadaan KKTAZ yg majoriti penghuninya adalah pelajar antrbgsa. bukan berfikiran negatif tetapi ini adalah kemungkinan2 yg boleh terjadi.

Bisa sahaja mereka mbawa budaya mereka ke mari. bahkan pelajar tempatan pula semakin tersepit kerana terpaksa berkongsi blok antara lelaki dan perempuan dan jika hal ini berlaku pasti menimbulkan 1001 kemungkinan yang menimbulkan kebimbangan ramai pihak.

Jadi, besarlah harapan saya agar semua penghuni KKTAZ dapat menyelami isu ini bersama2 dgn kami. cdgn atau langkah penyelesaian anda bolehlah anda utarakan kepada kami. akhir kata, “Janganlah kita bersikap cerah mata,ringan tangan tapi buta hati”. Wassalam.

By, Mohd Syahrul, Presiden KKTAZ.
0132950315
syah_keena@yahoo.com

Sumber : um-today.com

16 April 2010

Bawa Kembali ‘Roh’ Universiti - Saifuddin Abdullah

Universiti Malaya: ”Kita kena bawa kembali roh universiti” ujar Dato’ Saifuddin bin Abdullah, Timbalan Menteri Kementerian Pengajian Tinggi dalam pidatonya di majlis Forum Penyuburan Amalan Demokrasi di Malaysia yang berlangsung di Fakulti Sastera dan Sains Sosial Universiti Malaya (FSSSUM) malam tadi.

Beliau yang merupakan salah seorang dari ahli panel program tersebut yang diadakan sempena pelancaran Universiti Malaya Centre of Democracy and Election (UMCEDEL) menyifatkan semangat pindaan AUKU (Akta Universiti Kolej Universiti) masih belum difahami oleh semua orang.

Forum tersebut antara lain bertujuan membuka ruang kepada mahasiswa untuk menilai sendiri kesedaran berpolitik dan kesedaran dalam pentingnya menjadi penegur kepada kerajaan dikalangan mahasiswa universiti kini.

“Kalau nak difikirkan dalam AUKU hanya ada tiga perkara yang tak boleh, pertama tak boleh menjadi ahli politik, kedua tak boleh menjadi ahli kesatuan sekerja, ketiga tak boleh menyertai pertubuhan yang disenaraikan oleh menteri (menteri Kementerian Pengajian Tinggi) tak boleh” ujarnya.
“tapi setakat ini tidak ada persatuan yang disenaraikan tidak boleh oleh menteri (Menteri Kementerian Pengajian Tinggi)” ujarnya lagi.

Beliau berkata demikian menjawab persoalan mengenai AUKU yang dikatakan masih menyekat kebebasan hak demokrasi mahasiswa.

Forum tersebut mengumpulkan empat orang pemimpin masing-masing dari parti yang berbeza sebagai ahli panel iaitu Dato’ Saifuddin bin Abdullah Barisan Nasional (BN), Saifuddin Nasution bin Ismail Parti Keadilan Rakyat (PKR), Salahuddin Ayub Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dan Anthony Loke Siew FookDemocratic Action Party (DAP).

Ketika ditanya mengenai pihak universiti yang biasanya bersifat ‘pilih kasih’ dalam membenarkan pemimpin-pemimpin dari parti pembangkang untuk masuk ke universiti, beliau memberi jaminan “Boleh panggil wakil-wakil pembangkang dan kerajaan untuk berforum. Dibenarkan. kalau ada yang halang bagi tahu saya”

Antara lain, persoalan mengenai pilihanraya kampus yang biasanya disifatkan tidak bersih dengan campurtangan pihak pentadbiran universiti dan pemimpin parti luar yang menyebelahi satu-satu pihak, beliau menjawab

“apa kata, pelajar sendiri yang organise pilihanraya kampus"

Sumber : MahasiswaKini

15 April 2010

MARS (Majalah Remaja Sempoi) - Isu 1

10 April 2010

Jom Ramai-ramai!!!

Copyright © 2010 DREWFM Enterprise