Your Ad Here
Al Jazeera | Animal Planet | Bloomberg UK | Bloomberg US | C-Span | DWTV | France24 | HudaTV | Islam Channel | Peace TV | Sky News UK | Dewan Rakyat | LIVE DEWAN RAKYAT dibawakan khas, jam 10.00 pagi hingga jam 6.00 petang Isnin hingga Jumaat.
This is the 2nd version of infoKu. You can view our previous post by visiting our infoKu v1.0

Taukeh
-Mohd Refezal bin Mohd @ Anan
-Universiti Malaya
-Kejuruteraan Komputer

Krew Pena
-Muhammad Syakir bin Zakaria
-Universiti Malaya
-Kejuruteraan Mekanikal

-Muhammad bin Mohamed Kamil
-Royal Melbourne Institute of Technology
-Ukur Bahan

04 Jun 2010

NASA Mengesahkan Matahari Akan Terbit Dari Barat

Gaza : GAMIS serah memorandum kepada PM

Putrajaya, 3 Jun - Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) hari ini menyerahkan satu memorandum kepada kerajaan Malaysia berkenaan isu serangan konvoi Freedom Frotilla di perairan Gaza.

Delegasi itu diketuai Presiden, Mohd Idris Mohd Yusof, Timbalan Presiden, Mohd Shazni Munir Ithnin, Setiausaha Agung, Mohd Aizat Mohd Salleh. Turut serta wakil SIGMA, Maryam Afifah Latif, Sakinah Ropien dan Rahayu Mohd Badri.

Memorandum itu diserahkan kepada pegawai khas kepada Y.A.B Perdana Menteri, Encik Muhammad Amiruddin. Beliau berjanji untuk membawa tuntutan tersebut kepada Perdana Menteri.

Dalam memorandum itu GAMIS menyatakan tindakan serta kecaman yang lebih serius dan tegas perlu dilakukan oleh kerajaan Malaysia dengan menggunakan segala kekuatan serta medium antarabangsa yang ada bagi menunjukkan komitmen menyelesaikan keganasan Israel ni.

GAMIS yang juga mewakili seluruh mahasiswa Islam di Malaysia mengemukakan beberapa usul antaranya mendesak kerajaan Malaysia memutuskan apa sahaja hubungan dengan Israel sama ada aspek ekonomi, politik dan sebagainya.

GAMIS juga dalam usul mereka mendesak agar kerajaan Malaysia membawa usul mendakwa dan mengheret Israel ke Tribunal Undang-undang Antarabangsa iaitu Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) sebagaimana yang berlaku di Sudan dalam peperangan di Darfur.

Sebelum ini juga, Setiausaha Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon pernah menuntut supaya mereka yang bertanggungjawab mengebom bangunan PBB di Gaza dihadapkan ke muka pengadilan dan menuduh Israel menggunakan kekerasan melampau. - Mahasiswakini

01 Jun 2010

Free Free Palestine!!!




Assalamualaikum kalian:-)

Alhamdulillah penat dan lelah saya berbaloi hari ini..baru pulang berdemonstrasi, hari ni saya berpeluang menyertai rally free palestine tergempar di Melbourne sempena peristiwa Flotilla diserang.

agak terperanjat saya kerana cekap dan pantasnya penduduk disini mengadakan bantahan terhadap israel laknatullah walaupun baru semalam peristiwa Flotilla diserang dikhabarkan kepada kita..tahniah kepada penduduk2 melbourne..

yang peliknya, kat sini berbilang2 kaum menyertai perarakan ini dan mereka bersatu padu dlam mengadakan demonstrasi secara aman ini...

Malaysia @ terengganu bila lagi?

cuma sedikit terkilan tentang demo ini kerana masih ada lagi wanita2(islam) keluar tanpa ditemani muhrim, perempuan bersorak selantang2nya tetapi pakaian masih belum terjaga(knapa tidak didahulukan yang wajib, ada pula orang islam yang tidak menunaikan solat magrib ketika masuknya waktu magrib dan kebanykan orang turki disini lebih mengibarkan bendera mereka dari bendera palestin(mungkin mereka menyertai demo ini semata2 kerana antara kapal Flotilla adalah milik negara asal mereka)...

mungkin dapat disimpulkan masih terdapat kekurangan pada umat islam itu sendiri sebenarnya..harap dapat perbaiki semua itu dan insyaALlah suatu hari nanti palestin akan dibebaskan ketika kita semua telah bersedia...oleh itu marilah kita kembali kepada islam yang benar...jadikan kita realiti(bukan ilusi lagi)http://saifulislam.com/?p=4447...marilah kita mengenal kembali syahdah kita dan insyaALlah saya yakin dengan sepenuh hati saya kita akan bangkit selepas ini.insyaAllah..

12 Rakyat Malaysia Di Kapal Yang Diserang Israel

Dua belas rakyat Malaysia disahkan berada di kapal Mavi Marmara - kapal utama flotila enam kapal yang ditugaskan menghantar bantuan kemanusiaan ke Semenanjung Gaza yang diserbu dan diserang oleh tentera rejim Israel.
Mereka termasuk dua wartawan sebuah televisyen berbayar di Malaysia.


Mereka adalah sebahagian daripada misi 11 anggota yang dinamakan Lifeline4Gaza, yang mengambil bahagian dalam 'Flotila Kebebasan' bagi membawa bantuan kemanusiaan ke Semenajung Gaza.

Adalah dipercayai Lifeline bukan badan kemanusian tunggal dari Malaysia yang terbabit, kerana ada beberapa kumpulan yang bergerak secara berasingan dengan kapal yang lain.

Jurucakap Lifeline4Gaza, Dr Hafidzi Mohd Noor berkata sembilan daripada mereka adalah sukarelawan dari enam NGO dari Malaysia.

Mereka termasuk Haluan, Aqsa Syarif, Yayasan Amal, Muslim Care, Palestine Centre of Excellence (Pace) dan Jemaah Islamiah Malaysia (JIM).

Dr Hafidzi berkata dia gagal menghubungi kumpulannya itu apabila serangan bermula dan mereka belum dapat mengenal-pasti identiti ke-12 rakyat Malaysia berkenaan.


Sementara itu, menurut ADUN Meri, Dr Abd Rani Osman ang kini di Instanbul juga mengesahkan penahanan rakyat Malaysia itu.

Dr Abd Rani melalui SMS kepada Malaysiakini juga memberitahu bahawa sekurang-kurangnya 16 aktivis pro-Palestin dibunuh, manakala puluhan lagi cedera dalam serangan itu.

Kapal Mavi Marmara yang dimiliki Turki itu kini dilaporkan dibawa ke Haifa, manakala semua penumpangnya akan dipenjarakan.

Dua wartawan Astro Awani itu dikenalpasti sebagai Ashwad Ismail dan jurugambar dan Samsul Kamal Abdul Latip. Usaha Malaysiakini menghubungi Ashwad setakat ini tidak berhasil.

Manakala dalam laman Twitter-nya, Ashwad hanya mengemaskinikan statusnya kira-kira 14 jam lalu.

"Mavi Marmara on alert. Semua berada pada tahap tertinggi. Dua pesawat pemantau Drone dipercayai milik Israel kelihatan," coretan terakhirnya sebelum tragedi itu dipetik.


Terdahulu, menurut AFP yang memetik laporan televisyen yang dimiliki Hamas, anggota komando Israel menyerbu sekurang-kurangnya sebuah kapal yang didakwa dipenuhi aktivis pro-Palestin yang berjuang untuk Gaza.

Televisyen Al-Aqsa Gaza, menunjukkan imej video komando Israel yang berpakaian serba hitam turun daripada helikopter dan bertempur dengan kumpulan aktivis, di mana beberapa yang cedera kelihatan terbaring di atas dek kapal itu.

Rangkaian televisyen berkenaan berkata, laporan awal mengesahkan dua aktivis terbunuh manakala 50 yang lain cedera.


Tentera Israel enggan mengulas laporan itu dan penganjur konvoi bantuan berkata, mereka terputus hubungan dengan bot berkenaan.

Kapal itu membawa lebih 700 penumpang, iaitu peringkat terakhir misi berprofil tinggi bagi menghantar lebih 10,000 tan bekalan bangunan dan yang lain ke Gaza, di mana keadaan di situ lumpuh akibat sekatan Israel sejak 2007.
Copyright © 2010 DREWFM Enterprise