Your Ad Here
Al Jazeera | Animal Planet | Bloomberg UK | Bloomberg US | C-Span | DWTV | France24 | HudaTV | Islam Channel | Peace TV | Sky News UK | Dewan Rakyat | LIVE DEWAN RAKYAT dibawakan khas, jam 10.00 pagi hingga jam 6.00 petang Isnin hingga Jumaat.
This is the 2nd version of infoKu. You can view our previous post by visiting our infoKu v1.0

Taukeh
-Mohd Refezal bin Mohd @ Anan
-Universiti Malaya
-Kejuruteraan Komputer

Krew Pena
-Muhammad Syakir bin Zakaria
-Universiti Malaya
-Kejuruteraan Mekanikal

-Muhammad bin Mohamed Kamil
-Royal Melbourne Institute of Technology
-Ukur Bahan

24 Julai 2009

Hedonisme, Islam dan Kita Masa Kini

Saya telah ditanya mengenai topik ini melalui laman Facebook dari seorang teman disana. Katanya mulakan chat thread, "Salam, boleh saya tanya satu soalan. Apa pndapat tuan tentang sejarah hedonisme" Maka saya menjawab, "Izinkan saya muzakarah dengan ustaz-ustaz dahulu dan kemudia saya akan tulis satu artikel mengenainya". Secara kasarnya hesonisme adalah mengenai kesukaan dunia seperti: keseronokkan makan, keseronokkan main seks, keseronokkan berpesta dan sebagainya.

Di bandar-bandar besar sekarang juga banyak tempat berseronoka-seronok dan tidak hanya berupa tempat pelacuran, mada juga café dan bar, salon dengan service plus dan sebagainya kita mengatakan bahawa nampaknya masa sekarang hedonisme mendapatkan tempat yang cukup tinggi dikalangan masyarakat. Bahkan masyarakat sekarang dikatakan sebagai masyarakat yang mengagung-agungkan kenikmatan jasmani, dengan kata lain memuja perwatakan hedonisma itu sendiri.

Rumusan mengenai sejarah hedonisme adalah begini mengikut kajian seorang teman. Saya ambil intipati tulisan beliau untuk kita buat kajian dan juga pengkongsian illmu.

Menyoroti sejarah, fahaman Hedonisme didokong Aristipus (433-355 B.C), salah seorang murid Socrates. Hal ini merujuk kepada pertanyaan Socrates kepada beliau tentang tujuan terakhir bagi kehidupan manusia atau apa yang terbaik untuk manusia. Aristipus kemudiannya mengatakan yang terbaik untuk manusia adalah kesenangan, hal ini terbukti kerana sudah sejak masa kecil manusia berasa tertarik akan kesenangan dan apabila telah menikmatinya, ia tidak mencari sesuatu yang lain dan menajauhkan diri dari ketidaksenangan.

Idea ini kemudiannya dikembangkan oleh Epicurus (341-270 B.C) dengan mengatakan tujuan hidup untuk kesenangan dan kedamaian. Dalam fahaman ini, Epicurus menekankan bahawa ‘kebaikan’ tidak mungkin akan difahami andainya kita menolak unsur kelazatan dalam hidup kita termasuk kelazatan indera rasa, cinta serta kelazatan lain yang dapat dilihat dan didengar oleh penglihatan dan pendengaran. Bahkan asas kepada segala kabaikan adalah kelazatan yang dirasai perut sehinggakan ilmu, kebijaksanaan, budaya, dan tamadun umat manusia mesti merujuk kepadanya. Manakala kelazatan minda pula dikatakan sinonim dengan proses berfikir tentang kelazatan-kelazatan yang dicapai oleh unsur fizikal tersebut.

Aliran hedonisme dari Yunani kuno timbul kembali dalam abad 17 di England dengan ungkapannya, bahawa kesenangan yang dianggap penting sebagai hasil dari setiap keputusan atau tindakan manusia. Tokoh yang terkenal adalah Jeremy Bentham (1748-1832). Dalam bukunya "An Introduction to the Principles of Morals and Legislation (1780) dia menulis: "Nature has mankind placed under the governance of two sovereign matters, pain and pleasure. It is for them alone to point out what we ought to do, as well as to determine what we shall do. On the other hand the standard of right and wrong, on the other chain of causes and effects, are fastened to their throne. They govern us in all we do, in all we say, in all we think".

Dalam pemikiran terkini berkaitan Hedonisme, G.E Moore (1873) dilihat sebagai tokoh kontemporari hedonisme. Beliau dilihat masih berpegang kepada konsep ‘baik’ yang bertitik tolak kepada keseronokan dan menegaskan tidak ada yang baik kecuali keseronokan dan keseronokan sahaja yang menjadikan kebaikan sebagai satu matlamat.

Cukuplah kita berbica tentang sejarah. Apa yang penting kita bicarkan tentang effectnya hedonisme ini dikalangan masyarakat Islam di masa kini.

Pada masa kini, Kemunculan aliran sekularisme yang secara jelas bersifat anti-agama dan berasaskan budaya hawa nafsu sedikit banyak menghancurkan pemikiran umat Islam. Menurut Muhammad Naquib al-Attas, sekularisme bermaksud pembebasan manusia dari segi agama dan metafizik. Ia juga dapat didefinisikaan sebagai satu ideologi atau ajaran yang membina seluruh pengarahan hidup manusia dalam setiap aspeknya selain dari ibadah keagamaan di atas asas kepentingan, keperluan, ukuran, dan nilaian duniawi semata-mata. Dalam erti kata lain ajaran ini menolak ukuran agama sebagai asas bermasyarakat dan bernegara disamping menjadikan pemenuhan tuntutan duniawi sebagai matlamat tertinggi dan sebenar manusia. Akibat dari menjadikan akal sebagai tunjang utama kehidupan, timbul pelbagai aliran pemikiran dalam masyarakat mengikut acuan yang tersendiri seperti Komunisme, Kapitalisme, Libelisme, Pluralisme dan Hedonisme itu sendiri.

Hedonisme menurut pengertian kamus dewan ialah pegangan atau pandangan hidup yang mementingkan keseronokan atau kesenangan hidup. Manakala Drs Sudarsono dalam bukunya Etika Islam Tentang Kenakalan Remaja terbitan Bina Aksara pula mengatakan Hedonisme sebagai doktrin yang memandang kesenangan sebagai kebaikan yang paling utama dan kewajipan seseorang untuk mencari kesenangan bagi tujuan kehidupan. Ia beranggapan bahawa sesuatu perbuatan yang baik adalah mendatangkan kelazatan atau nikmat. Dalam Erti kata lain mereka beranggapan bahawa kesenangan dan kenikmatan adalah merupakan tujuan akhir hidup.

Prinsip Hedonisme pula menggariskan apa-apa sahaja yang boleh memuaskan hawa nafsu manusia akan dianggap baik , manakala apa-apa sahaja yang boleh membawa penderitaan nafsu akan dianggap buruk.

Secara kesimpulannya, Hedonisme menggariskan keseronokan sebagai tunjang utama kehidupan. Keseronokan ini diputuskan sendiri oleh akal manusia. Hal ini sedikit sebanyak bertepatan dengan matlamat sekularisme yang mahu memastikan manusia bebas dari unsur ketuhanan. Selain itu, keseronokan yang diputuskan oleh individu boleh menyebabkan penentangan antara satu-sama lain. Sebagai contoh seorang individu menganggap membunuh adalah perkara yang menyeronokkan manakala seorang individu lain menganggap ia sesuatu perkara yang menakutkan. Jadi, secara jelas konsep pemikiran hedonisme tidak relevan digunakan dalam hal ini kerana boleh mewujudkan pertentangan pemikiran.

Akan tetapi, amat malang sekali remaja Malaysia sekarang banyak terdedah dengan pemikiran ini samada sedar atau tidak. Sekiranya tidak dibendung, pemikiran ini akan menghancurkan masyarakat Malaysia suatu hari nanti.

Islam sangat memandang berat pemikiran-pemikiran yang cuba menganggu umat Islam. Hal ini kerana sekiranya pemikiran-pemikiran ini tidak dikawal, ia mampu merosakkan aqidah umat Islam. Sedangkan Aqidah berfungsi sebagai tonggak seluruh perancangan hidup manusia khususnya yang menyentuh aspek perancangan ummah.

Lazimnya, perbincangan mengenai akidah akan turut melibatkan persoalan Iman. Konsep Keimanan adalah mengenai individu yang mempunyai akidah yang benar dan mempunyai tiga elemen penting merangkumi pegangan kuat berasaskan keyakinan, wujudnya unsure ketundukan yang tulus dalam sanubari manusia terhadap apa yang diimaninya dan yang terakhir adanya unsur cetusan atau ransangan dalaman dalam diri individu tersebut untuk menterjemahkan seluruh prinsip keimanannya di dalam diri individu tersebut untuk menterjemahkan seluruh prinsip keimanannya di alam kenyataan dengan berusaha untuk menyelaraskan seluruh aktiviti hidup hariannya berasaskan nilai-nilai keimanan tersebut. Ini kerana individu tersebut tidak boleh bersabar melihat segala aktiviti hidup dilangsungkan berasaskan bentuk dan kaedah yang bertentangan dengan asas-asas keimanan yang terpendam jauh dan kental dalam hati sanubarinya.

Merujuk kepada defenisi diatas, jelas sekali budaya hedonisme amat bertentangan dengan akidah umat Islam. Hal ini kerana budaya hedonisme mementingkan kebebasan fikiran sedangkan Aqidah Islam meletakkan al-Quran dan al-Sunnah sebagai paksi pemikiran.

Selain itu dalam pengertian ‘kebaikan’ terhadap individu, Pandangan Islam amat bertentangan dengan konsep ‘kebaikan’ dalam Hedonisme. Islam melihat konsep ‘kebaikan’ adalah melibatkan pembangunan ummah yang memberi fokus kepada aspek pembangunan berteraskan ketuhanan atau kerohanian berbanding dengan kemajuan yang berbentuk kebendaan agar manusia bukan sahaja mendapat ‘Kebaikan’ di dunia tertapi juga mendapat ‘kebaikan di akhirat’. Manakala ‘Kebaikan’ yang dibawa hedonisme adalah apa-apa yang berbentuk keseronokan.

Firman Allah dalam kitab suci Al-Quran yang bermaksud:

“...Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahan dan pangkat kebesaran) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang yang terpedaya.” (Q.s. Ali Imran: 185).

Seperti yang kita sedia maklum, masalah lepak di kalangan remaja bukan lagi fenomena baru, malah seolah-olah sudah menjadi budaya yang boleh disifatkan sebagai berkesinambungan dari satu generasi ke generasi baru. Cuma bezanya dengan generasi terdahulu, remaja yang melepak sekarang kelihatan lebih mewah kerana ramai daripada mereka kelihatan bergaya dengan telefon bimbit, selain berpakaian berjenama, malah ada yang berkenderaan sama ada motosikal ataupun kereta. Senario ini mencerminkan kehidupan generasi hari ini lebih senang dan mewah berkat hasil kemajuan yang dicapai sejak merdeka. Dan sudah sewajarnyalah kemakmuran hidup yang dinikmati ini kita hargai dan syukuri bersama, dengan mengabdikan diri kepada Khalikul-alam, iaitu mengerjakan segala suruhan Allah dan menghindari diri dari segala tegahan-Nya. Insya Allah, dengan cara ini keimanan dan ketakwaan kita kepada Allah akan lebih teguh dan mantap hatta membolehkan kita terus menikmati rezeki yang banyak yang melimpah ruah dari langit dan bumi.

Sejak akhir-akhir ini terlihat seolah-olah ada kecenderungan masyarakat untuk hidup mewah, bergaya dan berhibur secara berlebih-lebihan. Di rumah misalnya, segala kelengkapannya seperti perabot dan perlatan elektriknya mestilah yang serba moden dan canggih; kalau kenderaan pula, bukan sahaja dari jenama yang terkenal, tetapi juga ia harus dilengkapi dengan pelbagai aksesori mutakhir yang memperlihatkan kehebatan pemiliknya; begitu juga dengan pakaian, harus dari jenis yang berjenama dan bergaya; dan kalau bersantai ataupun berhibur, harus pula di tempat-tempat yang ada kelas. Dan pengaruh budaya hidup serupa inilah yang menyebabkan masyarakat terus dibebani hutang. Keinginan untuk hidup mewah dan bergaya inilah juga yang dipercayai menyumbang kepada peningkatan kadar jenayah sejak kebelakangan ini.

Maka tidak menghairankan kita bilamana berita rompakan bank dan kedai emas, kehilangan kenderaan, rasuah, peras ugut, pengedaran dadah dan lain-lain lagi hampir setiap hari menghiasi dada-dada akhbar. Kesemua jenayah yang dilakukan itu lebih bermotifkan untuk mendapatkan wang, justeru wang adalah umpama kuasa yang dapat menjana segala keperluan manusia seperti harta, hiburan dan sebagainya. Pendekata, demi mendapatkan wang yang disifatkan sebagai sumber kesenangan dan kemewahan hidup di dunia, ada manusia yang sanggup melakukan apa saja pekerjaan meskipun barangkali terpaksa menjatuhkan orang lain dengan pelbagai tipu muslihat ataupun barangkali terpaksa menggadai nyawa dan maruah diri serta mengorbankan nyawa orang lain. Dan sesuatu hal yang amat membimbangkan kita ialah jenayah-jenayah ini turut membabitkan golongan remaja.

Kecenderungan untuk bersuka-sukaan dan bermewah-mewahan diistilahkan sebagai budaya hedonisme. Budaya yang mengutamakan aspek keseronokan diri ini seperti memiliki barangan yang berjenama, minum arak, berjudi, bermain muzik, berhibur di kelab-kelab malam dan sebagainya itu sememangnya mempesonakan dan menggiurkan golongan remaja. Gejala sosial yang kian membimbangkan pelbagai pihak ini dikesan dirangsang oleh pengaruh iklan, rakan-rakan serta keadaan persekitaran.

Sungguhpun keinginan untuk hidup senang dan mewah adalah sebahagian daripada naluri semula jadi manusia, namun bersuka-sukaan dan bermewah-mewahan secara berlebih-lebihan itu tidak boleh dibiarkan terus menular dan membudaya dalam masyarakat kita. Ini kerana budaya hedonisme boleh mengakibatkan pelbagai gejala negatif. Di samping ia boleh menjerumuskan masyarakat ke dalam kancah jenayah, amalan berhutang dan fitnah menfitnah, budaya hedonisme juga berpotensi membuat manusia leka dan lalai daripada melaksanakan kewajipan hakikinya sebagai hamba Allah dan sebagai anggota keluarga ataupun anggota masyarakat.

Sejarah telah memperlihatkan kepada kita bahawa bangsa yang lena dibuai dengan pelbagai kesenangan dan kemewahan hidup serta didodoikan dengan pelbagai jenis hiburan akan menjadi lalai dan alpa terhadap kewajipannya hatta menyebabkan mereka menjadi lemah dan terjajah. Pengajaran ini terungkap pada sejarah keruntuhan kerajaan Abbasiah, kerajaan Uthmaniah, kesultanan Melaka dan lain-lain lagi, di mana pemerintah dan rakyat lena dibuai kemakmuran negara sehingga lalai mengantisipasi ancaman musuh. Demikianlah juga dengan budaya hedonisme yang sedang menular dalam masyarakat kita hari ini turut mengakibatkan penyakit lalai di ka-langan masyarakat. Sebagai contoh, seseorang yang asyik berhibur dengan berkaraoke dan bersuka ria bersama rakan-rakan di kelab-kelab malam tertentu akan dilalaikan oleh perbuatannya daripada melaksanakan kewajipannya terhadap Allah seperti bersembahyang, berpuasa dan sebagainya di samping lalai terhadap kewajipannnya terhadap sesama manusia seperti memberi perhatian yang sepenuhnya sama ada kepada ibu bapa mahupun kepada isteri dan anak-anak.

Sesungguhnya syaitan telahpun berjanji akan melalaikan dan menyesatkan manusia daripada jalan Allah dengan apa cara sekalipun. Pelbagai kemewahan dan hiburan di dunia ini adalah di antara senjata syaitan dan konco-konconya untuk menjerumuskan manusia kepada kelalaian dan kesesatan. Justeru, Allah menganjurkan kita semua supaya memikirkan hal ini dan berusaha menghindari diri daripada terpedaya dengan tipu daya syaitan seperti keseronokan hidup di dunia yang bersifat sementara ini.

Firman Allah swt yang bermaksud:

“Dan tidak (dinamakan) kehidupan dunia melainkan permainan yang sia-sia dan hiburan yang melalaikan; dan demi sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang yang bertakwa. Oleh itu, tidakah kamu mahu berfikir?” (Q.s. Al-An’am: 32).

Melalui ayat diatas, Allah menjelaskan kepada kita bahawa kehidupan di dunia ini jika tidak dibajai dengan iman dan takwa akan bertukar menjadi permainan yang sia-sia dan hiburan yang melalaikan. Rasulullah s.a.w. menyifatkan yang kehidupan di dunia ini laksana penjara bagi orang-orang mukmin tetapi syurga bagi orang-orang kafir. Ini kerana orang-orang kafir yang tidak beriman kepada Allah dan hari kemudian mengutamakan kehidupan dunia lantas berusaha sedaya upaya memperolehi harta kekayaan sebanyak mungkin dengan harapan untuk hidup senang dan mewah. Namun, kita sebagai muslim tidak seharusnya terikut-ikut budaya orang-orang yang kufur tersebut bagi menjamin diri tidak terjebak dengan kesenangan dan kemewahan dunia yang memperdayakan dan merugikan itu.

Ingatlah bahawa segala yang ada didunia ini adalah keperluan kita, bukannya matlamat. Matlamat kta sebenarnya ialah akhirat.

Memang tidak dapat dinafikan bahawa budaya hedonisme atau budaya berhibur ini turut dikesan semakin menjadi kegemaran di kalangan kaum remaja di negara ini. Masalah ini sangat berat dan membimbangkan kerana ia membabitkan golongan muda yang bakal mewarisi dan memimpin negara ini pada masa depan.
Justeru, pembabitan semua pihak perlu dalam mengatasi budaya ini tanpa diletakkan di atas bahu kerajaan semata-mata dan pihak berwajib. Ia boleh dibendung jika semua umat berganding bahu kerana kerajaan atau remaja tidak dapat mengatasi semua masalah berkenaan secara bersendirian.

Dalam hubungan ini, kita harus sedar bahawa masalah sosial remaja berkait rapat dengan pembentukan budaya yang tentunya bermula dari rumah. Sehubungan itu, para ibu bapa sperti saya dan semua diluar sana harus memainkan peranan utama dalam memastikan anak-anak kita tidak terpengaruh dengan budaya hidup yang tidak sihat seperti budaya bersuka-sukaan dan bermewah-mewahan secara berlebih-lebihan yang mengundang banyak risiko kepada anak-anak itu sendiri di samping menimbulkan banyak masalah kepada keluarga, masyarakat dan negara. Sungguhpun ada di kalangan saudara-saudara yang barangkali berkemampuan untuk memberikan apa saja kepada anak-anak, namun perbuatan menyogokkan mereka dengan wang Ringgit serta pelbagai kemewahan bukanlah cara yang terbaik untuk mendidik dan menyayangi mereka kerana ia boleh menjadikan mereka materialistik dan lalai. Sebaliknya, suburkanlah anak-anak ataupun golongan remaja kita dengan iman dan takwa melalui didikan yang sempurna serta pemberian kasih sayang yang secukupnya.

Selain tugas ibu bapa, pertubuhan atau badan-badan bukan kerajaan (NGO) yang berkaitan perlu digerakkan bagi membentuk generasi remaja yang bersifat terbuka dan berlandaskan ajaran agama, budaya dan jati diri yang kukuh. Pengetahuan serta pemahaman terhadap nilai budaya dan moral serta kupasan masalah sosial daripada kaca mata saintifik, tingkah laku dan sosial perlu diterapkan kepada remaja secara berterusan. Ini penting kerana tanda keruntuhan nilai budaya dan moral di kalangan remaja semakin terasa di negara ini sejak kebelakangan ini.

Justeru itu saudara-saudara kaum muslimin dan muslimat sekalian, cara terbaik dan mustajab bagi menangani gejala sosial yang melanda masyarakat ini ialah dengan mentarbiah diri sendiri, anggota keluarga dan masyarakat supaya kembali kepada ajaran Islam. Segala petunjuk serta peringatan Allah dan Rasul-Nya harus kita ambil perhatian dan hayati sungguh-sungguh ke arah membentuk diri lebih beriman dan bertakwa.

Firman Allah yang bermaksud:

“Sedarlah wahai orang-orang yang lalai. (Sebenarnya kamu tidak ingatkan kesudahan kamu) bahkan kamu sentiasa mencintai (kesenangan dan kemewahan dunia) yang cepat habisnya. Dan kamu tidak menghiraukan (bekalan untuk) hari akhirat (yang kekal abadi kehidupannya).” (Q.s. Al-Qiamah: 20-21).

Ayuh, kita kembali kepada Al-Quran dan Sunnah Nabi s.a.w untuk kita sama-sama kembalikan Islam di setiap insan dan hati manusia di muka bumi ini.

SUMBER : Al-Hikmah @ Facebook

0 ulasan:

Catat Ulasan

Tq for the comment.. :-)

Copyright © 2010 DREWFM Enterprise