Suasana malam hari undi kecoh apabila keputusan rasmi tidak dapat diumumkan walaupun telah menggunakan sistem E-Voting. Bantahan disuarakan susulan berlaku masalah teknikal "server down" di dua fakulti dan satu kolej kediaman. Kumpulan Pro Mahasiswa menuntut Timbalan Naib Canselor memberikan penjelasan ekoran sistem ini diperkenalkan buat pertama kalinya di Universiti Malaya. Ketelusan dan keberkesanan dalam penggunaan sistem ini menjadi persoalan. Kumpulan Pro Mahasiswa berarak masuk ke lobi pejabat Naib Canselor untuk bertemu dengan Naib Canselor sendiri bagi mendapatkan penjelasan. Namun, setelah lebih setengah jam, barulah pengawal menyatakan bahawa Naib Canselor dan Timbalannya telah lama pulang. Pro Mahasiwa meragui lantaran setelah sekian lama menunggu barulah diberitahu bahawa mereka telah pulang. Dua orang wakil Pro Mahasiswa dibawa naik ke atas untuk mencari sendiri Naib Canselor dan timbalannya di pejabat bagi mengukuhkan kenyataan bahawa Naib Canselor dan timbalannya telah pulang. Beberapa saksi yang kebetulan melalui pintu belakang pejabat terlihat Naib Canselor dan timbalannya keluar melalui pintu belakang dan menaiki peronda polis.
0 ulasan:
Catat Ulasan
Tq for the comment.. :-)