Your Ad Here
Al Jazeera | Animal Planet | Bloomberg UK | Bloomberg US | C-Span | DWTV | France24 | HudaTV | Islam Channel | Peace TV | Sky News UK | Dewan Rakyat | LIVE DEWAN RAKYAT dibawakan khas, jam 10.00 pagi hingga jam 6.00 petang Isnin hingga Jumaat.
This is the 2nd version of infoKu. You can view our previous post by visiting our infoKu v1.0

Taukeh
-Mohd Refezal bin Mohd @ Anan
-Universiti Malaya
-Kejuruteraan Komputer

Krew Pena
-Muhammad Syakir bin Zakaria
-Universiti Malaya
-Kejuruteraan Mekanikal

-Muhammad bin Mohamed Kamil
-Royal Melbourne Institute of Technology
-Ukur Bahan

06 September 2009

Memelihara dan Menyempurnakan Iman

Sahabat-sahabat semua, ramadhan cuma tinggal 13 hari sahaja lagi. Ayuh kita muhasabah diri sejauh mana banhtera ramadhan yang telah kita lalui. 16 hari yang lalu apakah KPI Iman kita. Ahah! hari ini KPI cukup rancak diperkatakan sampai diperingkat kerajaan pun KPI diperbincangkan tapi perkata pokoknya adakah kita membicarakan KPI Iman kita setiap hari?

Iman tidak akan mencapai kesempurnaan, jika hanya melaksanakan perintah Allah swt yang sesuai dengan hawa nafsu kita, seperti Iman Bani Israel. Hanya beberapa hari saja ditinggalkan oelh Nabi Musa as mereka kembali murtad dengan menyembah patung emas buatan Samiri. Bagaimana dengan kita umat akhir zaman yang telah ribuan tahun (1400+ tahun) ditinggalkan oleh Rasulullah saw?

Sebenarnya Iman tidak boleh meningkat hanya dengan solat, zikir, puasa atau sedekah. Solat adalah tanda atau ciri orang yang beriman. Ibadah hanya boleh menjaga keimanan, ibarat batas kebun yang hanya ditandai dengan pancang-pancang kayu untuk mengukuhkan batas-batas tersebut. Iman hanya boleh meningkat dengan usaha dakwah, iman dan amal hanya akan betul dengan usaha dakwah. Orang yang beriman akan membangunkan kehidupannya dengan amal, yakin pada amal bukan pada harta dan makhluk atau asbab.

Iman akan tetap ada bahkan meningkat apabila kita melakukan usaha atas iman. Jika usaha atas iman ditingkatkan, maka iman akan meningkat dan bertambah kuat. Sebaliknya jika usaha iman lemah, maka iman pun akan jadi lemah. Rasulullah saw berwasiat, "Perbaharuilah imanmu!", walhal keimanan para sahabat telah sempurna. Mereka ditarbiah secara terus oleh Rasulullah saw dan mereka para sahabat adalah murid-murid yang terbaik.

Saat ini manusia lupa memperbaiki keyakinannya, setiap saat tidak merasa dilihat, diawasi, dipelihara dan diberi rezeki oleh Allah swt, sehingga fikiran, pertuturan, pendengaran dan penglihatan digunakan tidak sesuai dengan perintah Allah swt.

Ornag yang beriman adalah orang yang mengenal Allah swt, selalu ada hubungan dengan Allah dalam apa jua suasana dan keadaan pun. Ibarat sebatang pokok yang masih berhubungan dengan tanah yakni bumi. Setiap keadaan yang terjadi membawa manfaat kepada pokok itu, hujan akan menyegarkan batangnya dan matahari yang menyinari daunnya akan membuat makanan kepadanya. Sebaliknya, pokok yang tidak mempunyai hubungan dengan bumi, walaupun besar, maka segala keadaan dan suasana yang datang menimpanya membawa mudarat baginya. Jika terkena matahari, daunnya akan kering, jika tersiram air hujan daunnya akan busuk dan batangnya akan lapuk.

Begitulah kepada orang-orang yang masih ada hubungan dengan Allah swt, setiap suasana dan keadaan yang menimpanya akan mendatangkan manfaat bagi dirinya.

Rasulullah saw bersabda, mahfumnya: "Sungguh serba menakjubkan keadaan orang beriman, perkara apapun yang dihadapinya dapat menjadi kebaikan baginya dalam segala keadaan. Dan yang demikian itu tidaklah diberikan kepada sseeorang pun kecuali orang yang beriman. Apabila ia mendapat kesenangan, dia bersyukur kepada Allah, maka dengan bersyukurnya itu ia memperoleh kebaikan. Dan apabila ia mendapat kesusahan, dia bersabar, maka dengan kesabarannya itu juga ia memperoleh kabaikan." (HR Muslim)

Bagi orang yang beriman, jika mendapat musibah dia akan memperkatakan tentang keimanan dan keyakinan. Kerana dengan datangnya musibah itu Allah swt menginginkan agar kita mengingatkan Nya. Jika mendapat masalah, kita sibuk membicarakan hal-hal yang melalaikan dari mengingati Allah swt., maka masalah tidak akan selesai. Sesiapa saja yang mengenal Allah swt, dan berusaha memperbaiki hubungan dengan Allah swt, maka dia akan memiliki segala-galanya. Jika tidak ada hubungan dengan Allah swt, bererti dia telah kehilangan segala-galanya, walaupun memiliki harta kekayaan yang banyak dan keperluan hidup yang serba lengkap.

Setiap makhluk bila ada hubungan dengan Allah swt, maka dia mendapat ruh. Apabila sibuk mengingati Allah swt, maka Allah swt akan memberikan kaifiat pada diri manusia. Bagaimana setiap gerak-gerinya ada ta'aluq (hubungan) kepada Allah swt. Jika tidak ada ta'aluq kepadaNya, maka amalnya tidak akan diterima.

Ayuh, kita tingkatkan iman kita dengan perbaiki hubungan kita dengan Allah swt supaya kita dapat menarik khazanah Allah dan nusrah Allah kepada kita. Ibaratnya jika seroang Raja berkata kepada seluruh rakyatnya, "Hari ini aku berikan satu hari untuk kamu ambil apa yang kamu suka dari istana aku. Pegang sahaja apa yang kamu suka, nescaya barang itu akan menjadi milik mu". Maka berebutlah seluruh rakyat di negeri tersebut menyentuh barangan yang mereka suka seperi, pasu emas, peti emas, lampu bertatah berlian, kereta mewah, pagar emas dan sebagainya.

Tetapi Raja merasa hairan kenapa ada seorang hamba ini tidak mahu menyentuh apa-apa barangan di istana itu. Raja pun bertanya kepada hamba tersebut, "Mengapa engkau tidak memegang apa-apa?" seraya itu si hamba tadi bertanya kepada Raja, "Benarkah perkataan tuanku, bahawa apa saja yang saya pegang akan menjadi milik saya?". Maka jawab Raja, "Benar apa yang beta ucapkan dan perintahku tidak akan pernah berubah!".

"Kalau begitu saya akan memegang tuanku, maka seluruh kerajaan ini akan menjadi milik saya!" jawap hamba tersebut.

Inilah perbandingan orang yang beriman dan tidak beriman di dunia ini. Orang yang tidak beriman selalu berfikir bagaimana manfaat daripada makhluk ciptaan Allah swt. Manfaat dari udara, air, tanah, haiwan, tumbuh-tumbuhan dan manfaat dari manusia. Namun orang yang beriman sentiasa berfikir, bagaimana mengambil manfaat dari qudrat Allah swt yang mencipta segala sesuatu.

SUMBER : Al-Hikmah @ Facebook

0 ulasan:

Catat Ulasan

Tq for the comment.. :-)

Copyright © 2010 DREWFM Enterprise