Your Ad Here
Al Jazeera | Animal Planet | Bloomberg UK | Bloomberg US | C-Span | DWTV | France24 | HudaTV | Islam Channel | Peace TV | Sky News UK | Dewan Rakyat | LIVE DEWAN RAKYAT dibawakan khas, jam 10.00 pagi hingga jam 6.00 petang Isnin hingga Jumaat.
This is the 2nd version of infoKu. You can view our previous post by visiting our infoKu v1.0

Taukeh
-Mohd Refezal bin Mohd @ Anan
-Universiti Malaya
-Kejuruteraan Komputer

Krew Pena
-Muhammad Syakir bin Zakaria
-Universiti Malaya
-Kejuruteraan Mekanikal

-Muhammad bin Mohamed Kamil
-Royal Melbourne Institute of Technology
-Ukur Bahan

17 Mei 2010

Lapan IPT Boleh Akreditasi Program Sendiri

Lapan institusi pengajian tinggi (IPT) di negara ini dianugerahkan status swaakreditasi, menjadikan mereka IPT pertama diberi kuasa mengakreditasi sendiri program pengajian yang ditawarkan.


Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata swaakreditasi itu membolehkan semua IPT terbabit membuat penilaian kualiti program mereka tanpa melalui Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).

Swaakreditasi ini dianugerah kepada empat IPT awam dan empat IPT swasta membabitkan 554 program pengajian, katanya selepas majlis penyampaian sijil status swaakreditasi itu, di Putrajaya hari ini.

Ia bagaimanapun tidak membabitkan program profesional yang memerlukan pengiktirafan badan profesional berkaitan.



Mohamed Khaled berkata empat IPT awam itu ialah Universiti Malaya, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Sains Malaysia dan Universiti Putra Malaysia, manakala IPT swasta pula ialah Monash University Sunway Campus, University of Nottingham Malaysia Campus, Swinburne University of Technology Sarawak dan Curtin University of Technology Sarawak.

"Berdasarkan audit MQA yang dijalankan sepanjang September 2009 sehingga Mac lepas semua IPT itu mempunyai sistem kualiti dalaman yang dapat menjamin kualiti proses pendidikan serta kelayakan yang dianugerahkan," katanya.

Bagi memastikan kualiti program pengajian terjamin, Mohamed Khaled berkata semua IPt terbabit perlu membangunkan sistem akreditasi sendiri yang menyamai sistem MQA termasuk sistem akreditasi sementara sebelum sesuatu program ditawarkan.

Beliau berkata MQA akan mengaudit sistem akreditasi dalaman IPT berkenaan setahun kemudian, diikuti audit pemantauan sekurang-kuranngnya setiap lima tahun seperti yang ditetapkan Akta Agensi Kelayakan Malaysia 2007.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Tq for the comment.. :-)

Copyright © 2010 DREWFM Enterprise