Your Ad Here
Al Jazeera | Animal Planet | Bloomberg UK | Bloomberg US | C-Span | DWTV | France24 | HudaTV | Islam Channel | Peace TV | Sky News UK | Dewan Rakyat | LIVE DEWAN RAKYAT dibawakan khas, jam 10.00 pagi hingga jam 6.00 petang Isnin hingga Jumaat.
This is the 2nd version of infoKu. You can view our previous post by visiting our infoKu v1.0

Taukeh
-Mohd Refezal bin Mohd @ Anan
-Universiti Malaya
-Kejuruteraan Komputer

Krew Pena
-Muhammad Syakir bin Zakaria
-Universiti Malaya
-Kejuruteraan Mekanikal

-Muhammad bin Mohamed Kamil
-Royal Melbourne Institute of Technology
-Ukur Bahan

27 Mei 2010

Satu Permulaan

Assalamualaikum

Setelah lama berdiam, akhirnya terasa diri ini perlu kembali aktif berkarya bagi menyemarakkan diri dan kawan2 utamanya....

Satu perkongsian yang mungkin tidak ramai tahu akan kepentingannya.

Adalah lumrah kehidupan bagi sesuatu perkara mesti ada permulaannya melainkan Allah s.w.t.
di manakah permulaan kita sebagai seorang islam?
Ada yang beranggapan kita perlu kenal Tuhan dulu, ada yang cakap kena cari ilmu dulu dan macam2 lagi kata2 manusia yang masih tidak tahu dimana akar islam itu..

Meninjau kembali kehidupan aku yang dibelenggu dengan berjuta2 masalah menyebabkan aku sering mencari saudara2ku dan berkongsi masalah dengan mereka.
sehinggalah suatu hari aku berjumpa dengan seorang rakan ini...
Masih teringat di tengah perbincang kami beliau berkata "anta perlu kenal islam yang sebenar dulu"
Tercengang aku sebentar,salahkah konsep islam yang aku faham selama ini? Perasaan yang ingin tahu ini terjawab dengan kata2 beliau yang amat mudah dan padat dan bermakna "islam yang benar bermula dari syahadah yang benar", katanya ringkas..

Syahadah yang benar? Apa itu? Beliau meluahkan perasaan yang umat islam didedahkan dengan rukun, syarat sah, dan syarat membatalkan solat, puasa dan lain2 ibadah tapi tidak pula dicerita dengan detail apa itu syahadah kepada mereka semua...aku mula faham mksud beliau, berdasarkan kata2 ustazku juga "apa guna ibadah tanpa ilmu"..

Saudara-saudari, sebenarnya yang paling penting adalah syahadah..."syahdah yang benar"

Apalah guna semua ibadah kita kalau syahadah kita tidak benar.
Kita kemungkinan syirik jika tidak tahu syahadah yang benar.
Dan sesungguhnya Allah akan mengampunkan semua dosa kecuali dosa syirik kepadaNya. Nauzubillah.

Maka untuk mendapatkan syahadah yang benar, haruslah kita tahu akan rukun syahadah,syarat sah syahadah dan perkara yang membatalkan syahadah.

LA ILAHA ILLALLAH,MUHAMMAD RASULULLAH..
satu ungkapan yang maha agung...

Pertama2nya saya akan menyentuh perkataan ILAH dalam kalimah syahadah. Ramai yang tahu maksudnya adalh TUHAN tapi maksud TUHAN yang ada dlam kamus dan yang difahami oleh orang melayu kita amatlah cetak kefahamannya..

ILAH merangkumi
1. Tuhan
2. Tumpuan dan matlamat pengabdian
3. Takut dan gerun
4. Pengharapan/perlindungan
5. Cinta
6. Pemberi rezeki
7. Sumber perundangan

Bukankah luas maksuh ILAH/TUHAN itu. Jangan sempitkan pemikiran kita wahai shabat2 semua....TIADA ILAH MELAINKAN ALLAH.
Maka tiada TUHAN melainkan ALLAH.
Tiada TUMPUAN kita selain kepada ALLAH.
Tiada TAKUT melainkan kepada ALLLAH(kalau kita takut hantu,bukankah itu mengILAHkan selain dari ALLAH),
Tiada PENGHARAPAN melainkan daripada ALLAH.
Tiada CINTA selain daripada ALLAH.
Tiada yang MEMBERI REZEKI selain daripada ALLAH.
Tiada SUMBER PERUNDANGAN melainkan dari ALLAH.

Mungkin dalam sedar xsedar kita ada mengILAHkan sesuatu selain ALLAH. Mungkinkah kita mengILAHkan nafsu kita kita? Mungkinkah kita mengILAHkan artis2 pujaan kita?

Renung2kan balik kwan2..kalau kita xfaham apa itu syahadah yang sebenarnya, bila2 masa kita boleh mesyirikkan ALLAH tanpa kita sedar...

Sampai disini dulu rasanya penerangan saya....saya akan kembali untuk menerangkan dengan lebih mendalam. Sekian wsalam.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Tq for the comment.. :-)

Copyright © 2010 DREWFM Enterprise