Penyampai: Dato’ Abu Hasan Din Al-Hafiz
Intro:
Kisah Ashabul Kahfi, golongan muda beriman yang mengasingkan diri ke gua kerana mahu menjaga iman. Mereka lari daripada pemerintahan raja mereka yang zalim & menyeksa golongan yg beriman
Isi:
1. Remaja
peringkat pertengahan insan
usia yang paling kritikal
Sabda Rasulullah s.a.w: “Remaja itu sebahagian daripada ciri-ciri orang gila”
ini kerana orang gila mempunyai sikap yang tidak menentu; sesetengah orang gila berkelakuan baik & tidak mengganggu orang lain (asyik dalam dunianya sendiri), manakala sesetengahnya agresif & mengganggu ketenteraman orang awam
2. Oleh itu, Islam sangat pentingkan golongan remaja
3. Di padang mahsyar kelak ada 7 golongan manusia yang akan mempunyai bayang2 selain Allah (Padang mahsyar tidak ada bayang2, hanya Allah sahaja yg mempunyai bayang2 pada waktu itu); bermakna mereka ini dimuliakan Allah.
Salah satu golongan tersebut ialah golongan remaja beriman (remaja yg dididik dalam suasana beribadat kepada Allah
4. Awasi makanan anda, kerana makanan yang haram akan menjejaskan sahsiah (makanan yg haram tidak semestinya dtg daripada bahan makanan itu sendiri, tetapi sumber kewangan yg digunakan juga mestilah bukan dtg dari sumber yg haram)
5. Sejak Rasulullah bayi lagi, Allah sudah mengambil alih takdid (proses penjanaan asas) kerana bapa baginda sudah tiada ketika baginda masih dalam kandungan. Contoh takdid ialah tuntutan setelah seseorang bayi lahir seperti azan & iqamat pada telinga bayi, aqiqah, cukur rambut..
6. Tujuan takdid ialah untuk mencukupkan persediaan seseorang insan untuk membentuk peribadi manusia sebenar
7. Umpama kita hendak membina bangunan, asas kepada bangunan tersebut mesti diperkukuhkan terdahulu, baru boleh menampung bangunan yang akan dibina di atasnya. Semakin kukuh asas itu, semakin tinggi bangunan yg boleh dibina. [Semakin kukuh asas Iman, semakin teguh pendiriannya kelak ketika menghadapi pelbagai dugaan; tidak mudah terpengaruh dengan unsur2 mazmumah]
8. Janalah kekuatan Iman sejak lahir
9. Kita seperti sebuah pokok, Jikalau akar tunjang (iman) kuat, tertanam jauh ke dalam tanah (menggambarkan asas Iman yang kukuh), Pokok (merangkumi aspek akhlak, ibadah & syariat) tidak akan mudah tumbang bila ribut (sebarang gejala sosial) melanda
10. Awasilah anak2 kita secara konsisten, apa yg dilakukannya, dgn siapa mereka berkawan, supaya mereka tidak terbabas dari landasan
11. Akhlak bukan sahaja merangkumi pemakaian yg sopan, tetapi akhlak juga merangkumi gerak laku seseorang itu; bahasa badan, perbuatan, gerak mata (cara pandang) & anggota. Walau pemakaian sudah cukup sopan sekalipun, jika memandang orang dengan jelingan tajam & wajah yang tidak mesra, tambahan dengan gerak-geri yg tidak menyenangkan (’gedik’..etc), sudah tentu akhlaknya pada pandangan kita menjadi kurang manis
12. Penentuan akhlak anak kita bermula sejak pemilihan jodoh lagi, yakni mengahwini seseorang berdasarkan agama (paling utama). Ketika pemilihan jodoh juga kita dituntut untuk mencari pasangan yang baik akhlaknya & daripada keturunan orang yg baik2 (keturunan yg bebas maksiat).
Hal ini penting kerana anak akan mewarisi sifat ibunya ketika dalam kandungan manakala akan mewarisi sifat bapanya selepas anak itu dilahirkan
13. Dalam keluarga, kita kena pastikan setiap ahli keluarga menjalankan tanggungjawab masing2 (sama2 bertanggungjawab)
14. Sabda Rasulullah s.a.w:
“Malu & Iman adalah 2 benda yang tidak boleh dipisahkan. Jika hilang mana-mana satu, maka hilanglah kedua-duanya”
bahkan Aisyah r.a pernah berkata; “Jikalau aku tidak ada perasaan malu, nescaya aku akan memeluk semua lelaki”
Hal ini menerangkan Malu & Iman saling berkait; Jika Iman ada, InsyaAllah Malu ada. Berdasarkan masalah keruntuhan akhlak remaja sekarang, ternyata Iman mereka sudah semakin luntur lantaran mereka tidak malu lagi untuk melanggar tuntutan Islam, langsung tidak malu mendedahkan tubuh & menunjukkan tingkahlaku yg tidak sopan. Sesungguhnya pengukuhan Iman itu asas hidup kita.
Sumber : Mahirah's Blog
0 ulasan:
Catat Ulasan
Tq for the comment.. :-)