Your Ad Here
Al Jazeera | Animal Planet | Bloomberg UK | Bloomberg US | C-Span | DWTV | France24 | HudaTV | Islam Channel | Peace TV | Sky News UK | Dewan Rakyat | LIVE DEWAN RAKYAT dibawakan khas, jam 10.00 pagi hingga jam 6.00 petang Isnin hingga Jumaat.
This is the 2nd version of infoKu. You can view our previous post by visiting our infoKu v1.0

Taukeh
-Mohd Refezal bin Mohd @ Anan
-Universiti Malaya
-Kejuruteraan Komputer

Krew Pena
-Muhammad Syakir bin Zakaria
-Universiti Malaya
-Kejuruteraan Mekanikal

-Muhammad bin Mohamed Kamil
-Royal Melbourne Institute of Technology
-Ukur Bahan

11 Jun 2009

Mewarisi Perjuangan Nabi Muhammad S.A.W.

Abad ini dikatakan abad kebangkitan Islam tetapi kelihatanya tiada tanda-tanda yang jelas untuk membuktikan bahawa umat Islam mampu mengembalikan zaman kegemilangannya.

Buktinya pada hari ni umat Islam terpaksa tunduk dengan kekuatan kuasa-kuasa besar dunia. Kekuasaan mereka seolah-olah tidak dapat dikalahkan oelh sesiapa pun di dunia ini. Apakah Allah swt akan mendiamkan diri terhadap semua kedajjalan yang dilakukan oleh mereka dan sekutu mereka?

Sebenarnya Islam dengan kekuatan RAHMAT ajaran Nabi Muhammad s.a.w yang akan menundukkan mereka dan memimpin dunia ke arah kedamaian dan kemakmuran bagi menggantikan dunia yang penuh kekejaman dan keganasan. Tiada sesiapa yang boleh menahan zaman kebangkitan Islam sesuai dengan janji Allah s.w.t.: "Dan Kami tiada mengutusmu (Muhammad) melainkan untuk menjadi rahmat bagi semesta alam" (21:107) dan "Dialah yang mengutus RasulNya dengan petunjuk dan agama yang benar supaya Dia memenangkannya atas sekalian agama, Dan cukuplah Allah sebagai saksi" (48:28)

Didalam ayat-ayat suci Al-Quran ini tersembunyi satu rahsia agung bahawa Allah s.w.t. sedang mempersiapkan dunia dan zaman baru yang akan dipimpin oleh Islam. Dengan kata lain, abad ini adalah akhir zaman atau penghujung kepada zaman kegelapan Islam. Pemilik Alam ini akan mendatangkan Qiamat rohani bagi membinasakan segala kerosakan agama dan rohani manusia kemudian menciptakan zaman kebangkitan semula Islam yang akan menghidupkan kembali rohani manusia yang telah mati dengan cahaya Rahmat ajaran Nabi Muhammad s.a.w. Proses kebangkitan Islam yang akan menyempurnakan janji Allah s.w.t. bahawa umat Islam sebagai Khaira Ummah kepada masyarakat dunia: "Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia: (3:110).

NAMUN begitu, zaman kebangkitan Islam yang dijanjikan oleh Allah s.w.t. sering terhambat disebabkan umat Islam sendiri melakukan kesalahan dan kelalaian yang menimbulkan kemurkaan Allah s.w.t. Jesteru itu, umat Islam tiada pilihan lain jika ingin melihat kebangkitan Islam, kita perlu mengenal pasti dosa-dosa yang telah menimbulkan kemurkaan Allah s.w.t. tersebut. Sekali gus memahami mengapa Allah s.w.t seolah-olah mendiamkan diri untuk membela umat Islam yang sedang menghadapai pelbagai bencana dan serangan daripada musuh-musuhnya?

Marilah kita muhasabah diri akan perkata ini supaya Rahmat Allah s.w.t cepat turun untuk membantu kita dimasa yang tenat ini.

Tepuk dada tanya iman, insyaAllah. Ayuh semua, kita ajak semua disini untuk kita bincangkan perkara yang penting ini.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Tq for the comment.. :-)

Copyright © 2010 DREWFM Enterprise