Your Ad Here
Al Jazeera | Animal Planet | Bloomberg UK | Bloomberg US | C-Span | DWTV | France24 | HudaTV | Islam Channel | Peace TV | Sky News UK | Dewan Rakyat | LIVE DEWAN RAKYAT dibawakan khas, jam 10.00 pagi hingga jam 6.00 petang Isnin hingga Jumaat.
This is the 2nd version of infoKu. You can view our previous post by visiting our infoKu v1.0

Taukeh
-Mohd Refezal bin Mohd @ Anan
-Universiti Malaya
-Kejuruteraan Komputer

Krew Pena
-Muhammad Syakir bin Zakaria
-Universiti Malaya
-Kejuruteraan Mekanikal

-Muhammad bin Mohamed Kamil
-Royal Melbourne Institute of Technology
-Ukur Bahan

16 Jun 2009

Tentang Malaysia


Malaysia terkenal sebagai salah sebuah negara Asia Tenggara yang tidak statik ekonominya, peningkatan industri berpuluh tahun dan kestabilan politiknya.

Berbilang bangsa dan agama yang majoritinya Muslim dan ekonomi yang sebahagian besarnya dikuasai bangsa Cina.


Umum
Dengan dua wilayah yang berasingan terpisah oleh Laut China Selatan yang jaraknya 640 batu, Malaysia mempunyai 13 negeri dan tiga persekutuan.

Ia merupakan salah satu destinasi pelancongan, terkenal dengan pantai dan pemandangan yang indah. Hutan tebal di bahagian timurnya, Sarawak dan Sabah, di kepulauan Borneo, merupakan tempat berlindungnya hidupan liar dan masyarakat asli.

Bangsa Melayu mencatatkan populasi sebanyak 60%. Cina dalam lingkungan 26%; India dan asli/bumiputera selebihnya. Komuniti ini hidup dalam harmoni, walaupun terdapat sedikit sahaja interaksi antara mereka.

Walaupun sejak 1971 Melayu mendapat keuntungan yang positif daripada diskriminasi perniagaan, pendidikan dan kemudahan awam, bangsa Cina masih dapat meneraju kuasa ekonomi dan merupakan bangsa paling kaya dalam komuniti ini. Melayu kekal sebagai kumpulan dominan dalam politik manakala India di antara yang termiskin.

Malaysia merupakan pembekal terbesar pemacu keras (hard disk drive), minyak kelapa sawit, getah dan kayu balak. Ia mempunyai pembuat kereta yang dikawal kerajaan, Proton, dan pelancongan merupakan industri yang berkembang.

Ekonomi Malaysia telah merudum disebabkan penurunan ekonomi dunia, di mana memberatkan lagi pasaran eksportnya. Pada Mac 2009, kerajaan telah membelanjakan 16 bilion Dolar sebagai pelan perangsang ekonomi.

Negara tersebut juga menghadapi cabaran - politil, dalam bentuk mengekalkan kestabilan dalam aspek jurang kemiskinan antara kaum dan agama, alam sekitar, dan pemuliharan hutan.

Hak asasi manusia di Malaysia telah menjadi kecaman dan kritikan antarabangsa. Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) membenarkan suspek dipenjara tanpa perbicaraan.


Fakta
Nama : Malaysia
Populasi : 27 juta (UN, 2008)
Ibu Negara : Kuala Lumpur
Keluasan : 329,847 km persegi (127,355 batu persegi)
Bahasa Utama : Melayu (rasmi), Inggeris, Cina dialek, Tamil, Telugu, Malayalam
Agama Utama : Islam, Buddha, Taoism, Hindu, Kristian, Sikh
Jangka Hayat : 72 tahun (lelaki), 77 tahun (perempuan)
Unit Wang : 1 ringgit = 100 sen
Eksport Utama : Barangan elektronik, petroleum and gas asli, bahan kimia, minyak kelapa sawit, kayu and produk hasil kayu, getah, tekstil
GNI per kapita : US $6,540 (Bank Dunia, 2007)
Domain Internet : .my
Kod Telefon Antarabangsa: +60


Ketua

Ketua Negara : Sultan Mizan Zainal Abidin
Sultan Mizan Zainal Abidin telah ditabal sebagai agung Malaysia yang ke-13 pada Disember 2006

Baginda merupakan Sultan bagi Terengganu yang terkenal dengan kekayaan hasil petroleumnya. Baginda ditabal pada usia 44 tahun.

Dalam sistem monarki Malaysia, agung ditabal bagi setiap lima tahun di antara sembilan negeri.

Perdana Menteri Malaysia pertama, Tunku Abdul Rahman, menbentuk sistem ini selepas kemerdekaan pada 1957 untuk mengekalkan kuasa sultan dan raj yang telah memerintah Tanah Melayu selama ratusan tahun.

Perdana Menteri : Najib Abdul Razak


Najib Razak dilantik menjadi Perdana Menteri pada Mac 2009 apabila menjadi ketua United Malays National Organisation (UMNO), parti utama yang memerintah negara.

Anak kepada Perdana Menteri kedua dan anak saudara Perdana Menteri ketiga, Najib disifatkan kebanyakkan rakyat Malaysia sebagai ahli politik 'berdarah biru' dan dilihat telah pun ditentukan untuk jawatan itu sejak usia mudanya.

Seorang ahli ekonomi yang di bawah latihan British, dia memasuki parlimen pada usia 23 dan menjadi MP termuda dalam sejarah Malaysia dan menjadi terkenal dalam masa yang singkat.

Beliau mengendalikan banyak pos kabinet, termasuklah kewangan dan pertahanan, dan merupakan paling kerap menjadi wakil kepada Perdana Menteri sebelumnya, Abdullah Badawi.

Beliau mengambil alih tugas di mana pergolakan berlaku, dan menghadapi cabaran hebat dalam mengawal negara yang bermasalah dengan krisis kewangan, yang menjadi krisis utama negara itu.

Najib dengan janjinya pembentukan balik secara keseluruhan dan kerajaan yang lebih nyata. Beliau berkata keutamaannya adalah untuk merapatkan jurang antara kaum dan perbezaan amalan agama, selepas bangsa minoriti Malaysia lebih berarah kepada pembangkang dalam jumlah yang besar pada pilihanraya 2008 kerana bimbangkan hak mereka terhakis.

Namun naiknya beliau sebagai Perdana Menteri dilihat sebagai jatuhnya kerajaan di tangan pembangkang yang semakin melonjak, dengan penyatuan yang cukup kuat digunakan untuk menguasai politik.

Abdullah Badawi meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri pada April 2009 selepas kerajaan mengalami kekalahan teruk dalam pilihanraya umum pada Mac 2008.


Media

Malaysia merupakan antara negara yang mempunyai kawalan terhadap media paling kuat di dunia. Pihak kerajaan mengawal media dan boleh menyekat media atas nama keselamatan negara.

Kerajaan cenderung menyakat populasi Muslim daripada apa yang disifatkan sebagai pengaruh luar di TV mereka. Berita ditapis, rancangan hiburan dan muzik video biasanya ditapis, dan babak yang mempunyai unsur yang bertentangan dengan Islam turut disekat dari dipaparkan dalam program TV dan filem.

Sektor TV merangkumi rangakaian komersial dan operasi TV-berbayar. Suku daripada TV isi rumah melanggan servis pelbagai saluran, ASTRO. Stesen TV berbayar MiTV dan Fine TV memasuki pasaran pada 2005. TV3 merupakan saluran nasional yang mendahului.

Radio Televisyen Malaysia (RTM) hakmilik kerajaan mengoperasikan dua rangkaian TV dan banyak stesen radio di seluruh negara. Stesen yang keudara bersiaran dalam bahasa Melayu, Tamil, Cina dan Inggeris.

Surat khabar mesti memperbaharui lesen setiap tahun, dan menteri dalam negeri berkuasa untuk menyekat atau menarikbalik permitnya.

Sesetengah laman web, seperti Laman Reformasi, yang berhubungkait dengan bekas Timbalan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, freeMalaysia dan Malaysiakini, telah menarik kritikan rasmi.

Sumeber rujukan : BBC NEWS

0 ulasan:

Catat Ulasan

Tq for the comment.. :-)

Copyright © 2010 DREWFM Enterprise