Your Ad Here
Al Jazeera | Animal Planet | Bloomberg UK | Bloomberg US | C-Span | DWTV | France24 | HudaTV | Islam Channel | Peace TV | Sky News UK | Dewan Rakyat | LIVE DEWAN RAKYAT dibawakan khas, jam 10.00 pagi hingga jam 6.00 petang Isnin hingga Jumaat.
This is the 2nd version of infoKu. You can view our previous post by visiting our infoKu v1.0

Taukeh
-Mohd Refezal bin Mohd @ Anan
-Universiti Malaya
-Kejuruteraan Komputer

Krew Pena
-Muhammad Syakir bin Zakaria
-Universiti Malaya
-Kejuruteraan Mekanikal

-Muhammad bin Mohamed Kamil
-Royal Melbourne Institute of Technology
-Ukur Bahan

15 Jun 2009

Ya Allah! Apa Sudah Jadi?

Buzz!! Ku sangkakan sape. Lalu tertera "mu ade mne?". Aku pun membalas,"kat umh r". Disapanya lagi, "jom r kuor..mri ambik aku kt CC". Rupanya sapaan dari kawan sekampungku yang sudah setahun lebih tak aku jumpa. Aku pun balas,"nanti pukul dua suku aku g". Ku capai helmetku dan tunggang la motoku ke CC dekat dengan rumahku. Setibanya aku di CC, aku tengok dirinya, sudah berubah jauh dari siapa dia yang aku kenal sebelum ni. Dengan ekor di kepalanya yang panjang dah macam mat rempit. Duduklah aku di sebelahnya mencapai tanganku salam kepadanya. "Mu balik bile?",tanya aku kepadanya. "Aku balik semalam, petang ni aku pergi balik KL semula. Aku tumpang balik rumah ngan member aku". Tiba-tiba dia pun menghulurkan tangannya, "ce (cuba) mu tengok". Terkejut aku terlihat tertera satu nama pada lengannya itu. Sambungnya,"saje je aku toreh ngan pisau, puas tak tahu nak buat ape". MasyaAllah!. Hanya Allah je yang tahu betapa tergamamnya hatiku melihat apa yang dibuatnya, tatoo buatan sendiri. Aku pun kata,"mu wat nape gitu? dok baik". Dia hanya tersenyum. Kemudian disambungnya lagi,"mu tau dok? aku nikoh doh, bulan 3 ari tu". Dalam keadaan mimik mukanya aku tahu ada yang tak kena dengannya. Aku menunggu dia yang asyik mengupdate MySpacenya. "Ok..jom r", katanya. Tungganglah moto dengan ku boncengkan dia di belakangku. Singgahla kami di kedai makan tak jauh dari situ.

Aku order ABC dan dia pula teh bing. Bersembanglah aku dengannya. Maklumlah setahun lebih tak jumpa. Sejak beberapa bulan sebelum aku ke matrik dah tak jumpa dia. Dia kata,"aku kena berigat (tangkap), tu yang aku nikoh tu". Astaghfirullahalazim, lagi aku terkejut. Katanya, bininya seorang bohsia. Mak ayah bininya tak sukakan dia. Bininya ade di rumah ibu bapanya. Rumah rakanku ni cuma bersebelahan bloknya. Katanya ibu bapa itu nak hantar bininya ke pusat pemulihan akhlak supaya dapat belajar tentang agama. Lihatlah, apabila kita sedikit menyimpang, agamalah yang kita cari. Tambahnya lagi, kalau yang tu pergi ke situ, dia boleh cari yang lain. Aku sangat terkejut kerana dia merupakan bekas pelajar sekolah agama antara yang terbaik di Kuala Terengganu. Sepatutnya dia yang lebih baik dalam soal agama. Ditunjukkan IC bininya kepadaku, katanya supaya dia tak boleh lari darinya. Kemudian dia tunjukkan pula gambar aweknya, bukan bininya, dalam handphonenya. MasyaAllah semakin gentar hatiku takut dengan dugaan dunia yang takkan habis selagi kita tak mati. Bolehku gambarkan tanganku ketar entah kenapa tatkala aku menghirup ABC yang dipesan tadi. Aku diam membisu. Aku pun tanya macam mana dengan amal ibadahnya. Dengan ketawa kecil dia berkata yang fardhu ain pun tunggang langgang. Katanya lagi,"aku bukan tak tahu, kalau nak amal, dah lame aku amalkan". Pesan aku kepadanya, InsyaAllah jika kamu jaga apa yang Tuhan suruh, kamu akan terpelihara. Kemudian dia meminta izin untuk ke snowwash kereta sebentar yang bersebelahan kedai makan itu. Dalam 5 minit juga dia berbual dengan teman lamanya yang aku tak berapa kenali. Terpandang aku ke arah "waitress" kedai yang agak kurang manis cara pakaiannya. Terasa ingin ku tegur tapi apakan daya, orang kata kalau difikirkan semua itu mudah, tapi benar-benar mudahkah jika iman pun kalau setakat low level. Aku perasan yang rakanku ini pandang pelik pada si gadis tu. Tapi aku buat tak tahu je.

Fikiranku ketika itu bagaikan sudah hilang arah. Macam-macam aku fikir macam mana hendak aku sampaikan niatku kepadanya. Bagi aku berhikmah ni bukan senang. Menasihati kejahilannya dalam masa nak jaga perasaannya sebagai seorang rakan. Sebab apa, kita hidup bersaudara. Nanti kalau aku buat tak tahu, aku pun kongsi sama saham dia. Dia pun datang semula. Dengan berbekalkan wangnya yang tak seberapa, dia belanjala aku. Dia ajak aku pergi bersiar ke pantai airport. Katanya hari tu dia dah bawa pulang bininya jumpa maknya. Maknya berleterlah panjang. Ayahnya tak menyedari yang dia berada di rumah. Sekian lama yang ku tahu memang hubungan dia dengan ayah renggang. Dia pernah cerita yang dia agak kecewa dengan ayahnya. Kerana satu kesalahan yang lalu, dengan lantasnya ayahnya bagaikan tidak menghiraukannya. Berulang kali masa dahulu pernah dia ceritakan yang dia merempat entah ke mana. Tak tahu nak tidur mana kerana takutkan ayahnya. Pernah dia tidur di surau, rumah kawan, di jalanan. Hatiku hanya dapat mengatakan simpati akan nasibnya. Begitulah nasibnya 2-3 tahun kebelakangan ni. Kalau diikutkan dia seorang pelajar yang pintar dan aktif dalam olahraga. Pernah mewakili Terengganu dan mendapat naib johan. Namun hidupnya yang agak malang hanya kerana kesalahan kecil yang dilakukannya. Pernah dia ceritakan dia berjalan kaki seorang diri pagi buta pulang dari stesen bas Kuala Terengganu. Katanya,"bayang r Ja, orang tengok aku macam orang gila, tido kat wakaf letih berjalan, xde sape yang aku nak mintak tolong waktu tu". Ketika di atas motor, katanya lagi, dia bersalam dengan ayahnya. Namun ayahnya sedikit pun tak senyum. Ni pun ayahnya tak sedar yang dia pulang ke rumah.

Tatkala aku menunggang motor ku, ku nasihat kepadanya,"aku bukan mende, aku sayang member-member aku, kalau x, aku x pesan bende-bende ni. Aku mintak mu tinggal la mende-mende ni. Aku bukannya orang yang sempurna, bukan ustaz, bukan orang yang alim, tapi tanggungjawab aku jaga kawan aku. Datanglah bergunung pun dosa mu, kalau mu taubat, InsyaAllah Dia ampun. Jangan mu risau, kita ni masih muda, belum terlambat untuk kita kembali". Terdiam dia buat seketika. Berhentilah aku dan dia di tepi pantai. Katanya bininya beria nak gambar-gambar pantai. Dalam masa aku berjalan kaki ke motorku, terpanah pula mataku melihat satu pasangan yang asyik berdating berhampiran parking motorku. Mata rakanku ini liar memandang wanita-wanita di jalanan. Baginya wanita hanyalah tempat untuk memuaskan nafsu. Ketika dia asyik ceritakan bagaimana dia boleh kenal bininya, kepala ku pula entah ke mana. Tak ku perasan pun apa yang diceritakan. Cuma yang aku ingat, dia berdating dengan bininya naik bas je. Katanya wanita sekarang lebih "gila besi". Bininya pula katanya nak kan dia kerana nafsu je. Tatoo pada tangannya pula dilakarkan nama aweknya yang berasal dari selatan. Katanya,"kalau bini aku tau kat tangan aku aku tulis ape". Berdetak di hati, ya Allah! Aku bagaikan sampah. Tiada apa yang dapat ku buat. Lemahnya aku. Kemudian pulanglah aku menghantarnya balik ke rumah. Dia ajak aku lepak rumahnya. Katanya nak makan sekejap, lepas tu pergi lepak kat snowwash kereta rakannya tadi. Tapi aku menolak. Hatiku seakan amat berat menerima pelawaannya. Aku pun pulang.

Sedang aku asyik meratah hindangan tengahari yang baru ku jamah, dia datang ke rumah ku. Ajak pergi ke kedai handphone rakannya. Aku kata aku nak makan. Dia tanya lama ke? Aku pun kata lama la jugak. Sebenarnya aku berat dan dah tak ada mood nak keluar dengannya. Aku tahu dia baik denganku.Tapi entah kenapa cabaran dan ujian yang Dia bagi amat berat bagiku. Terasa seakan mustahil untuk ku tanggung. Dia pun pergi meninggalkan aku. Aku hanya mampu tersenyum. Entah kenapa hatiku langsung tidak tenang. Macam-macam aku fikirkan. Sampaikan satu tahap, "bila besar nanti, siapakah yang akan menjadi pasanganku? Adakah sudah tiada orang yang baik-baik atas muka bumi ni? Adakah aku juga akan menjadi seperti rakanku? Apakah yang dimaksudkan dengan umat yang terbaik? Cuma tunggu masa? Ya Allah! Jauhkanlah diriku dari apa yang Engkau benci! Dekatkanlah diriku dengan apa yang Kau suka.

Aku pun mencapai handphone yang baru ku ambil dari kedai bekas majikanku setelah baru dibaiki. Aku menghantar mesej kepada rakan sekolejku. Walau apa nasihat dan cadangan yang diberi, aku rasa macam bende tu semua dah buat. Malahan tiada kesan apa-apa pun. Aku hanya mampu berdoa supaya Allah bukakan pintu hatinya untuk kembali kepada fitrahnya yang asal. Aku rasakan dosanya turut ku tanggung. Malamnya aku ke masjid. Tatkala kuliah maghrib, aku tertidur. Aku tak pasti kenapa terasa tubuhku sungguh letih. Ingin ku jumpa rakanku seorang yang berilmu agama untuk menyatakan masalah ni. Namun habis sahaja solat Isyak, terus aku melangkah keluar masjid walhal rakanku sudah di depan mata. Aku buat-buat tak perasan.

Sehinggalah di saat aku menaip pos ini, tak tahu apa yang nak dibuat. Cerita yang aku tulis bukan palsu atau rekaan. Apa yang ingin saya kongsi ialah tentang pengalaman saya. Sama-sama kita doa supaya dijauhi jalan-jalan seperti ini. Bukan niatku untuk memburukkan sape2. Cuma nak kongsi inilah realiti bila kita tak berpengang pada tali-tali Allah. Ku doakan dia dapat kembali semula sebelum ajalnya tiba.

Daripada Abdullah bin Amr bin 'ash r.a. berkata: Aku mendengar Rasulullah saw. bersabda, "Bahawasanya Allah swt. tidak mencabut (menghilangkan) akan ilmu itu dengan sekaligus dari (dada) manusia. Tetapi Allah swt. menghilangkan ilmu itu dengan mematikan alim ulama. Maka apabila sudah ditiadakan alim ulama, orang ramai akan memilih orang-orang yang jahil sebagai pemimpin mereka. Maka apabila pemimpin yang jahil itu ditanya, mereka akan berfatwa tanpa ilmu pengetahuan. Mereka sesat dan menyesatkan orang lain."

bersama kita renungkan. Baru-baru ni seorang ulamak terkenal telah pun kembali kepadaNya. Fathi Yakan atau pun terkenal dengan bukunya "Kenapa Saya Memeluk Islam"

Hadis dari Anas bin Malik r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Di antara tanda-tanda hampir Kiamat ialah terhapusnya ilmu Islam, munculnya kejahilan, ramainya peminum arak dan perzinaan dilakukan secara terang-terangan.

tak bermakna kerana jelas kita sudah hampir kepada akhirnya zaman kita ni, kita harus biarkan ia berleluasa

0 ulasan:

Catat Ulasan

Tq for the comment.. :-)

Copyright © 2010 DREWFM Enterprise