Your Ad Here
Al Jazeera | Animal Planet | Bloomberg UK | Bloomberg US | C-Span | DWTV | France24 | HudaTV | Islam Channel | Peace TV | Sky News UK | Dewan Rakyat | LIVE DEWAN RAKYAT dibawakan khas, jam 10.00 pagi hingga jam 6.00 petang Isnin hingga Jumaat.
This is the 2nd version of infoKu. You can view our previous post by visiting our infoKu v1.0

Taukeh
-Mohd Refezal bin Mohd @ Anan
-Universiti Malaya
-Kejuruteraan Komputer

Krew Pena
-Muhammad Syakir bin Zakaria
-Universiti Malaya
-Kejuruteraan Mekanikal

-Muhammad bin Mohamed Kamil
-Royal Melbourne Institute of Technology
-Ukur Bahan

11 Jun 2009

"Sisters In Islam". Apakah ini?

Salam. Sisters in Islam, siapakah mereka ini? Isu ini antara yang bermain di fikiranku. Perkataan "Sisters" juga sudah meragukan. Apakah mereka juga ingin mengguna pakai apa yg agama ******** pakai? Tentang apakah yang mereka perjuangkan? Hak wanita? Dari pembacaan yang saya peroleh dari pelbagai sumber, banyak pihak meragui organisasi ini. Ada yang di antaranya menyatakan mereka hanya menggunakan isu hak asasi wanita sebagai topeng sedangkan melaanggari hukum syarak. Tidak kurang juga yang menyokong organisasi ini. Dari pengamatan saya dalam we mereka, sistersinislam.org.my, rata-rata mereka yang membincangkan isu-isu sebegini tidak meyakinkan saya kerana secara zahirnya pun tidak menunjukkan mereka bukanlah dari "ahlinya" atau pun bukan dari golongan yang berilmu agama. Wakil dari pembangkang juga menyarankan supaya pertubuhan ini dikaji JAKIM malahan wakil dari kerajaan juga mencadangkan supaya nama "Islam" dibuang bagi mengelakkan spekulasi. Pandangan mereka juga diambil pakai mungkin kerana mereka antara golongan yang berpendidikan akan tetapi bukannya satu alasan bahawa mereka dapat menyuarakan pendapat jika hanya mampu menggegam ilmu dunia semata-mata. Rata-rata mereka yang mempertahankan organisasi ini juga bukan dari orang yang arif dalam ilmu agama. Jadi, di sini menjadi persoalan. Apakah tujuan organisasi ini ditubuhkan hanya meletakkan isu kepentingan politik di samping visi dan misi mereka untuk menegakkan hak wanita?


*Amina mengimami solat Jumaat (Gambar)

Dari apa yang saya tahu, SIS ini dikatakan diasaskan Amina Wadud. Wanita pertama yang mengimamkan solat Jumaat di US. Ayahnya seorang Methodist manakala ibunya seorang hamba Muslim berasal dari Arab. Amina telah menjadi isu hangat yang dibincangkan setelah beliau mengimami solat Jumaat bagi lebih 100 orang muslimin dan muslimah di Episcopal Cathedral of St. John the Divine di New York pada 18 Mac 2005. Pada Ogos 1994 pula, beliau telah menyampaikan khutbah bertajuk "Islam as Engaged Surrender" di Claremont Main Road Mosque, Cape Town, Afrika Selatan. Selepas itu, sebilangan Muslim di Virginia menyuarakan supaya beliau dibuang dari jawatannya di Virginia Commonwealth University. Ada Muslim yang menentang tidak kurang juga yang menyokong tentang keimaman beliau. Namun beliau masih mmperjuangkan isu campuran jantina dalam isu solat Jumaat. Pada 28 Oktober 2005, beliau telah dijemput untuk mengetuai kongres dalam International Congress on Islamic Feminism di Barcelona, Sepanyol.

Majoriti komuniti Islam menentang idea beliau. Tambahan latar belakang, beliau mendapat ijazah di University of Pennsylvania di antara tahun 1970-1975.Pada tahun 1972, beliau mengucapkan syahadah dan menyatakan Islam pilihannya. Beliau meneruskan pengajian master di Near Eastern Studies dan seterusnya pada peringkat PhD dalam jurusan "Arabic and Islamic Studies" di University of Michigan pada tahun 1988. Beliau mendalami Arab di American University di Kaherah, Mesir. Beliau mempelajari pengajian dan tafsir Quran di Cairo University dan seterusnya mengambil jurusan Falsafah di Al-Azhar University. Beliau menjadi professor madyia di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) pada 1989-1993. Kemudiannya beliau memegang jawatan professor dalam pengajian Islam di Virginia Commonwealth University. Beliau membuat kajian tentang keistiwaan jantina dan pengajian Quran. Beliau menjadi penulis bagi buku "Qur'an and Woman: Rereading the Sacred Text from a Woman's Perspective". Edisi pertama diterbitkan oleh Fajar Bakti di Malaysia. Buku ini digunakan oleh salah seorang pengasas Sister In Islam di Malaysia sebagai bahan rujukan untuk aktivis dan sebagai bahan rujukan akademik. Selepas penerbitan buku pertama beliau, beliau berucap di universiti dalam forum peringkat bawahan, kerajaan dan bukan kerajaan yang disertai Amerika Syarikat, Jordan, Afrika Selatan, negara-negara selatan Afrika, Nigeria, Kenya, Nepal, Pakistan, Indonesia, Kanada, Denmark, Norway, Belgium, Belanda, United Kingdom, Sarajevo, Sepanyol, Malaysia, Perancis, Itali, dan Jerman. Buku terkini beliau "Inside the Gender Jihad: Women's Reform in Islam" yang diterbitkan pada 2006 bukan sekadar menyimpulkan tentang analisis Quran akan tetapi turut menceritakan tentang sebagai Muslim, isteri, sarjana dan aktivis.

Berikut tentang Amina yang dapat saya huraikan. Ternyata Sister In Islam mengambil beliau sebagai bahan rujuk. Antara persoalan yang disuarakan SIS ialah soal poligami. Kenapa lelaki boleh kahwin 4, wanita tidak. Mereka juga menuntut supaya kuasa lafaz cerai diberi kepada wanita. Mereka juga telah menyalah tafsirkan Quran. Mereka juga pernah manghina ulama dengan mempermainkan ulama seperti ""turbans of the mufti are too tight", "men who dislike
shaving, bearded once" dan "ulama' brand of religion"

Lagi antara kenyataan SIS,


Zainah Anwar (Pengasas Sisters In Islam)

ISLAM BOLEH DITAFSIR OLEH SESIAPA SEKALIPUN TANPA
MENGIRA LATAR BELAKANGNYA.

"Islam bukanlah milik individu atau mana-mana
golongan yang mendakwa
mereka sebagai ulama . Oleh itu sebarang pentafsiran
terhadap sumber-sumber Islam seperti Al Quran bukanlah
milik para ulama semata-mata."

(Zainah Anwar , Pengarah Eksekutif Sisters in Islam :
Utusan Malaysia, 26 hb September 2000)

ISLAM DIPERSOALKAN
"But when Sisters in Islam made its stand on
polygamy, Perlis Menteri Besar Datuk Seri Shahidan
Kassim in 1996 declared that they (SIS) were
questioning the word of God. ... Zainah Anwar,
executive Director of
Sisters in Islam, says that, because Islam shapes our
lives and govern us, it is too important to be left to
the legislators and ulama to define…"

[Zainah Anwar]

Anda bolehlah merujuk di web-web di bawah.
-Sisters In Islam @ iLuvislam
-Sister in Islam-Musawah @ iLuvislam
-Amina Wadud @ wikipedia
-Sisters in Islam @ wikipedia

Justeru, dengan mendapat bahan rujukan dari pelbagai sumber yang tepat, fikirkanlah akan apa diketengahkan dan ingat lah bahawa syaitan itu licik. Syaitan sentiasa mengaburi manusia supaya "membetulkan" apa yang salah. Sebelum menerima bulat2 suatu perkara, fikir dan rujuklah dulu. Sekian dari saya administrator infoKu, Peja, wasalam.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Tq for the comment.. :-)

Copyright © 2010 DREWFM Enterprise